Ikat jenazah ibu dengan tali getah naik motosikal, mahu kebumikan sendiri di kebun

Iklan
Ikat jenazah ibu dengan tali getah naik motosikal, mahu kebumikan sendiri di kebun

SEORANG pemuda di Indonesia sanggup membawa jenazah ibunya dengan menaiki motosikal ke tanah perkuburan kerana mahu mengebumi sendiri.

Pemuda yang dikenali Sutejo itu tinggal berdua bersama ibunya di Desa Pengging, Boyolali, Jawa Tengah.

Iklan
Iklan

Ibunya Ginem, 80, meninggal dunia semalam kerana sakit tua.

Iklan

Jenazah tersebut diikat dengan tali getah agar tidak jatuh.

Dia kemudian membawa jenazah ibunya untuk dikebumikan di kebun milik mereka.

Iklan

Perbuatannya itu membuatkan pengguna jalan raya terkejut dan merakam aksinya.

Artikel berkaitan: Remaja ‘simpan’ bayi dalam peti ais hingga maut

Difahamkan, setelah sampai di kebun, tiada peralatan seperti cangkul untuk menggali tanah.

Justeru, Sutejo pergi ke rumah penduduk berdekatan untuk meminjam cangkul.

Penduduk mencurigai Sutejo, mereka mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lantas mengekori dari belakang.

Kecurigaan itu akhirnya terungkap apabila penduduk kampung melihat pemuda itu mahu mengebumikan jenazah yang dibawanya itu.

Setelah diperiksa, jenazah itu adalah Ginem. Melihat kejadian tersebut jenazah Ginem dibawa ke rumah mayat di Dusun Selorejo, Desa Kedunglengkong untuk dimandikan.

Kemudian jenazah dikebumikan mengikut proses yang betul di tanah perkuburan Sucen Timur.

Wakil Ketua Polis Boyolali, Ahmad Masdar Tohari mengesahkan kejadian itu.