SEORANG gadis di India dilaporkan diperkosa oleh pegawai hospital ketika menjalani rawatan tuberkulosis.
Dia disyaki diserang secara seksual semasa berada dalam keadaan separuh sedar dan menggunakan ventilator.
Namun pada hari Selasa, 27 Oktober lalu, pesakit dilaporkan sedar sepenuhnya dan memberitahu ayahnya apa yang berlaku melalui catatan tulisan tangan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Sedihnya! Baru tiga hari bernikah, suami meninggal dunia
Katanya, anak perempuannya diperkosa ketika berada di hospital dan itu adalah pelanggaran keselamatan pesakit.
Sementara itu, menurut Hindustan Times, Asisten Komisioner Polis, Usha Kindu berkata pihaknya telah mengenal pasti suspek tetapi belum dapat menangkapnya setakat ini.
Pada masa ini, mangsa masih menjalani rawatan di hospital, polis mengatakan keluarganya mengesyaki kejadian itu berlaku antara waktu dia dirawat pada 21 Oktober hingga 26 Oktober
lalu.
Menurut polis, mangsa pada mulanya dibawa ke hospital setelah mengadu sesak nafas.
Kindu mengatakan, mangsa menyebut nama Vikas kepada ayahnya, sehingga polis dapat mengenal pasti suspek.