SEORANG ibu didakwa atas pembunuhan terhadap anak kandungnya sendiri.
Eva.vn melaporkan, anak lelaki berusia 6 tahun itu didakwa dibunuh oleh ibunya dan lelaki simpanan setelah kanak-kanak itu mengetahui mereka melakukan persetubuhan di sebuah ladang.
Menurut polis, kejadian itu berlaku di sebuah kampung di Mehmdpur, Santhal, barat India Gujarat.
Artikel berkaitan: Pemandu ambulans wanita jemput pesakit Covid-19 diiktiraf dalam anugerah berprestij, empunya badan pun tak sangka
Pada keesokannya, ayah Jagdish, Lalit Thakor membuat laporan di balai polis Santhal terhadap isterinya, Rajul, 26, mempunyai hubungan haram dengan seorang lelaki bernama Sanjay Thakor.
Selain anak lelaki mereka Jagdish, Lalit dan Rajul mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Anjli Thakor (3).
Lalit percaya bahawa isterinya dan Sanjay saling bersekongkol untuk membunuh anaknya.
Lalit turut mengatakan Sanjay ada mengugut Jagdish jika dia berani membocorkan perbuatan terkutuk mereka itu.