SETIAP manusia ada kelebihan dan kekurangan. Jangan lihat pada kekurangan, tetapi tonjolkan kelebihan yang kita ada.
Namun, bagi seorang lelaki di New Delhi, India, kelebihan memiliki ketinggian 2.4 meter menyebabkan dia berdepan pelbagai kesukaran dalam menjalani rutin hidup.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dharmendra Pratap Singh telah diisytihar sebagai lelaki tertinggi di India oleh Guinness World Records.
Memetik laporan akhbar media tempatan, lelaki India tersebut mendakwa ketinggian yang dimilikinya itu bukan sahaja membawa kemasyhuran, sebaliknya mengundang pelbagai masalah lain.
Jika dipandang sudut positif, lelaki itu tidak menafikan ketinggian dimilikinya yang juga merupakan penduduk sebuah perkampungan di Narharpur Kasiyahi juga memberikan punca rezeki dan pendapatan utama buatnya.
Namun, seperti orang lain, dia juga berhasrat untuk mencari teman hidup tetapi sehingga kini masih belum mampu dicapai walaupun kini usianya sudah mencecah 45 tahun.
Dharmendra berharap satu hari nanti dia akan dipertemukan jodoh berkahwin dengan seorang wanita untuk dijadikan isteri dan memiliki keluarga sendiri.
Dia juga mengakui walaupun sukar untuk beristeri yang dianggap satu kelemahan, kelebihan fizikal yang dimiliki adalah sumber pendapatan utamanya sehingga hari ini yang mana orang ramai akan bergambar dengannya dan mereka memberikan wang saku dan hadiah sebagai ganjaran yang dianggap gaji harian.
Menurut sumber, Dharmendra akan pergi ke lokasi tumpuan pelancong seperti di monumen Gateway of India untuk mencari rezeki.
Namun, dek kerana penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan lokasi tumpuan pelancong tidak dikunjungi orang ramai dan dia juga kini kehilangan pendapatan.
Semoga Dharmendra mampu bertemu jodoh dengan gadis pilihan suatu hari nanti!
https://www.youtube.com/watch?v=uEN_oexvg6M&feature=youtu.be