IBU bapa mana yang tidak teruja apabila mendapat cahaya mata. Tidak kiralah yang sudah memiliki ramai anak mahupun belum.
Lagi bertambah gembira jika jantina anak yang sangat-sangat dimahukan menjadi rezeki.
Penantian mereka sejak tahun 1993 akhirnya berhasil selepas isteri melahirkan bayi tersebut pada Khamis lalu seberat £ 7, 8 ons (3.4KG).
Kateri menikmati detik indah itu bersama suaminya dengan menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Maggie Jaynie.
Baca juga Raja Thailand paling kaya di dunia, ini 5 fakta kekayaan atasi Sultan Brunei, Raja Arab Saudi
Sebelum Maggie Jayne, Schwandts telah mempunyai anak lelaki iaitu Tyler, Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker dan Francisco dan yang ke 14, Finley"Sheboygan".
Ketika Finley"Sheboygan" dilahirkan pada tahun 2018, dikatakan menarik perhatian ramai kerana mempunyai kisah di sebaliknya.
Dengan 13 anak yang kesemuanya lelaki sebelum itu, Kateri begitu berharap yang anaknya ke-14 itu ialah anak perempuan.
Namun, anak yang lahir kali ke-14 itu masih lagi seorang lelaki.
Maka Kateri dan suaminya nekad menamakannya sebagai Finley dan nama tengahnya (middle name); Finley Sheboygan.
Terdahulu, Jay Schwandt berkahwin dengan isterinya Kateri Schwandt pada 1993.