Salah hadir majlis perkahwinan abang, dikecam hebat setelah disahkan positif Covid-19

Iklan
Salah hadir majlis perkahwinan abang, dikecam hebat setelah disahkan positif Covid-19

AKIBAT terlalu cuai, bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah kini berhadapan kecaman hebat termasuklah daripada bekas penyerang Mesir, Mido, juga dilihat lantang mengkritik.

Mido dalam satu kenyataan menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap pasukan tersebut setelah penyerang Liverpool itu diuji positif Covid-19 hanya beberapa hari selepas dia menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Cairo, Mesir.

Iklan
Iklan

Akibatnya, Salah kini terpaksa menjalani kuarantin Jumaat lalu menjelang pertembungan dengan Togo untuk aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.

Mido yang membuat 51 penampilan bersama Mesir mengecam tindakan Salah yang menghadiri majlis perkahwinan abangnya, beberapa hari sebelum aksi antarabangsa ketika penularan wabak Covid-19 masih lagi belum reda.

Iklan

Melalui beberapa klip video yang kini tular di media sosial memperlihatkan bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah, sedang menari dan tidak melakukan penjarakan sosial.

Iklan

Akibatnya, Salah kini didapati positif Covid-19.

Oleh itu, Salah terpaksa menjalani kuarantin menjelang pertembungan dengan Togo untuk aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.

Tindakan Salah itu menyaksikan Mesir kehilangan pemain penting dalam perlawanan besar selain mendatangkan risiko terhadap kesihatan rakan sepasukannya yang lain.

Mido juga turut menyalahkan pegawai pasukan Mesir yang tidak mengambil sebarang tindakan bagi mencegah perkara itu berlaku.

Sebenarnya menghadiri majlis perkahwinan itu tidak salah. Tambahan pula orang yang hendak diraikan merupakan ahli keluarga kandung sendiri. Abang kahwin kan, tak kan tak nak pergi. Betul tak?

Cuma yang menjadi isu besar adalah Salah diuji positif Covid-19 akibat menghadiri majlis tersebut dan dilihat tidak mengamalkan penjarakan sosial serta membelakangkan SOP.

SinarPlus harap kejadian seumpama itu tidak lagi berulang dan Salah tidak akan tersalah lagi serta peka dengan situasi.