BAGI mendorong lebih ramai wanita Muslim menyertai pasukan polis New Zealand, buat pertama kalinya pemakaian hijab diperkenalkan.
Rekaan itu diperagakan oleh seorang anggota polis bernama Zareena Ali.
Difahamkan, Zareena jugalah yang merupakan pereka hijab tersebut.
Kata Zareena, pasukan polis amat memerlukan lebih ramai wanita Muslim bagi membantu kejadian seumpama itu yang mensasarkan orang Islam.
Menurut Zareena, dia bangga menjadi anggota polis wanita pertama memakai tudung, dan merasa hebat kerana dapat menunjukkan bahawa pasukan Polis New Zealand kini mempunyai pakaian seragam berhijab.
Pada tahun 2008, polis membenarkan pemakaian serban ke dalam seragam itu dan Nelson Constable Jagmohan Malhi menjadi pegawai pertama yang memakainya ketika bertugas.
Baca juga Salah hadir majlis perkahwinan abang, dikecam hebat setelah disahkan positif Covid-19