Siapa berminat jual muka, syarikat Jepun tawar untuk beli pada harga RM1,560

Iklan
Siapa berminat jual muka, syarikat Jepun tawar untuk beli pada harga RM1,560

JUAL muka? Serius ah! Ya, jika korang berniat untuk jual muka korang, salah satu syarikat dari Jepun berminat untuk membeli dengan harga 40,000 yen atau sekitar RM1,560. Menarik tawaran itu bukan?

Iklan
Iklan

Pembuat topeng muka di Tokyo, Kamenya Omoto dikatakan akan menghasilkan topeng muka bercetak 3D yang sangat realistik dalam bentuk hyper-realistic masks berdasarkan imej sebenar muka yang telah dibeli.

Ia kemudiannya akan dijual semula dengan harga kira-kira $940 atau sekitar RM3,823.

Iklan

Sementara itu, sekiranya topeng yang dijual terbukti popular dalam kalangan pelanggan, pemilik muka sebenar juga akan memperoleh peratusan keuntungan hasil jualan.

Iklan

Projek kontroversi yang dinamakan"That Face" itu dilaporkan mendapat reaksi dan pandangan perlbagai pihak.

Mana tidaknya, dalam era kini, data peribadi sangat penting untuk dijaga. Apatah lagi kini dengan hanya menggunakan wajah sendiri terutama smart phone, pelbagai urusan mampu dilakukan dengan mudah termasuk juga urusan bank.

Imbas sahaja muka di smart phone, kita mampu melakukan transaksi pindahan wang atas talian dengan mudah yang mana identiti kita disahkan setelah smart phone melakukan pengesahan. Bahaya bukan?

Walaupun pelbagai pendapat dan pandangan dibuat orang ramai yang mana ada juga yang tidak bersependapat, Kamenya Omoto memperlawa sesiapa sahaja yang berusia 20 tahun ke atas dan tinggal di Tokyo boleh menjual muka mereka tanpa ada sebarang paksaan.

Syaratnya juga cukup mudah, hanya perlu buat pra tempahan dan perlu merahsiakan identiti mereka dan tidak boleh didedahkan kepada umum.

Tambah Kamenya lagi, sehingga hari ini sambutan yang diterima sangat baik dan beliau juga mengumumkan akan ada lebih banyak lagi muka yang tersedia untuk dijual dalam pasaran tidak lama lagi.

Jadi, kalau korang duduk di Tokyo, sanggupkah jual muka korang tu?

Sumber : odditycentral.com

https://youtu.be/550beCXDIdw