Taksub cinta janda, warga emas kerugian lebih RM200 ribu

Iklan
Taksub cinta janda, warga emas kerugian lebih RM200 ribu

JIKA terlalu taksub, padah menanti!

Begitulah yang terjadi kepada seorang warga emas di China apabila dia dikatakan terlampau taksub dengan cinta si 'janda'.

Iklan
Iklan

Chen Tran, 70, dari Quanzhou, tidak pernah menyangka Vuong Tam Lan, 35, 'janda' yang mengaku jatuh hati kepadanya.

Iklan

Difahamkan dia berkenalan dengan Vuong, menerusi sebuah media sosial.

Kata Chen, Vuong menggunakan gambar profil wanita cantik, selain mengaku telah bercerai dengan suami.

Iklan

Vuong turut mengatakan dia bekerja sebagai ketua bank pelaburan di wilayah Anhui.

Chen amat tertarik dengan Vuong dan mengakui dia menganggap itu pemberian terindah oleh Tuhan untuknya.

Baca juga Kerana duit, wanita hamil maut didera pasangan gara-gara konten YouTube

Chen dikatakan tersedar yang dirinya telah ditipu apabila Vuong hilang tidak dapat dikesan selepas mendapat wang tersebut.

Sementara itu, polis mengesahkan, pengguna akaun Wang Xin Lan sebenarnya milik seorang lelaki di Ham Duong, Shaanxi yang dibeli dengan harga 70,000 Yuan (RM43,586) dan kes sedang disiasat polis.