Beg IKEA versi 'alamak' edisi terhad, salah cetak tak bermakna tak boleh jual

Iklan
Beg IKEA versi 'alamak' edisi terhad, salah cetak tak bermakna tak boleh jual

SETIAP manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Lumrah hidup, kalau dah namanya manusia, mesti pernah buat silap.

Sejak dari mengenal dunia hingga usia sekarang, tipulah kalau apa jua perkara yang dilakukan sentiasa betul.

Iklan
Iklan

Sedangkan jawab soalan exam pun ada result yang tak dapat markah 100 peratus. Inikan pula realiti kehidupan. Betul tak?

Perkara serupa juga turut berlaku kepada gedung membeli belah terkenal dengan kelengkapan perabut rumah, IKEA apabila mereka dilihat tersilap mencetak nama laman sesawang syarikatnya pada beg-beg guna pakai KLAMBY.

Iklan

Laman sesawang yang sebenar adalah www.ikea.com.sg, namun yang tercetak pada beg-beg berkenaan adalah www.ikea.co.sg.

Mengikut logik dalam perniagaan, beg tersebut pastinya tidak akan dijual untuk pasaran dan pengilang perlu menghasilkannya semula.

Iklan

Namun, ia tidak bagi IKEA Singapura yang merasakan ia satu pembaziran jika dibuang tetapi tetap mengakui kesilapan yang telah dibuat oleh pihak mereka.

Bukan sahaja IKEA mengakui kesilapan yang berlaku, malah syarikat itu juga membuat jenaka daripada kejadian yang tidak dijangka mereka.

Dalam papan tanda yang diletakkan bersama beg-beg tersebut, IKEA menyifatkannya sebagai beg yang unik malahan dikelaskan dengan edisi terhad.

Lebih lucu lagi, pihak IKEA turut menambah perkataan ‘Alamak’ pada penerangan beg tersebut di showroom mereka. Beg tersebut turut dijual secara dalam talian ketika ini.

Setiap beg KLAMBY itu dijual pada harga S$1.90.

Beg tersebut juga mula tular di media sosial apabila ada pengguna di Facebook berkongsi tentangnya dan merasa pelik bagaimana kesilapan seperti itu boleh terjadi.

Namun, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh IKEA dalam menangani kesilapan dan cara yang diguna pakai disifatkan sangat profesional.

Korang tak teringin ke nak dapatkan beg KLAMBY edisi alamak ni? Edisi terhad okey!