Ibu anak satu copet wang pesakit demensia untuk kahwin baharu, bercuti dan beli barang mewah

Iklan
feature Foto_ The Sun & MEN Media

DALAM dunia ini, ada macam-macam jenis orang. Ada yang dikurniakan fizikal yang sempurna, namun sering merungut dengan kerja yang dilakukan dan berkira setiap apa yang dipertanggungjawabkan.

Orang seperti ini tidak pernah memikirkan perasaan orang lain, yang penting dirinya berasa selesa, walaupun orang berasa sangat terseksa dengan sikap negatifnya itu.

Iklan
Iklan

Begitu juga dengan individu yang dikurniakan kecerdikan akal, namun memanipulasinya untuk melakukan perkara haram seperti melakukan jenayah.

Bagi individu dalam golongan itu, tindakan demikian difikirkan mereka sebagai satu jenis kepuasan. Pendek kata, walaupun mencuri itu salah, janji memberi kebahagiaan segera kepada mereka. Buat apa nak susah-susah, bukan? Itu ayat yang biasanya terpacul dalam kalangan penjenayah.

Iklan

Kenyataan itu bukan sahaja dibuat-buat. Itulah yang berlaku dan dilakukan oleh seorang wanita di England baru-baru ini.

Wanita seperti yang dilaporkan oleh portal berwibawa di United Kingdom, The Sun, Sarah Aikenhead telah melakukan sesuatu yang di luar jangkauan.

Iklan

Demi melangsungkan perkahwinan dengan lelaki idaman dan melunaskan beberapa impian yang barangkali sudah terpendam lama, dia tergamak mencuri wang bernilai RM752,064 atau £136,000!

 

[caption id="attachment_34660" width="1024"] SARAH (gambar kanan) sanggup mencuri demi merealisasikan impian melangsungkan perkahwinan bersama suami baharunya.[/caption]

 

[caption id="attachment_34663" width="1024"] WANITA itu turut menggunakan wang berkenaan untuk bercuti. -Gambar hiasan/Unsplash[/caption]

 

 

[caption id="attachment_34661" width="1024"] DUIT yang dicopet oleh pelaku turut dibelanjakan untuk membeli busana mewah. -Gambar hiasan/Unsplash[/caption]

 

Berdasarkan rekod, untuk majlis perkahwinan sahaja, pesalah berusia 37 tahun membelanjakan sebanyak RM66,351.

Paling membuatkan ramai terkesima dan geram dengan Sarah, dia telah mencopet wang itu daripada para pelanggan di firma guaman, lokasi yang mana dia sedang berkhidmat ketika itu.

Pendakwa kes berkenaan, Wayne Jackson berkata:"Dia (Sarah) menggunakan £12,000 (RM66,351) untuk lokasi perkahwinan dan menghabiskan sejumlah besar wang untuk pakaian dan barang-barang mewah.

Dalam reaksi Hakim Tina Landale, beliau meluahkan kekesalan terhadap perlakuan Sarah.

Berdasarkan penghakiman, Sarah mengakui penipuan yang dia telah lakukannya itu.

Mahkamah kemudian mengarahkannya di penjara selama tiga tahun empat bulan.

 

[caption id="attachment_34662" width="1024"] SUSPEK yang mengaku kesalahannya dipenjara selama tiga tahun empat bulan seperti yang diarahkan mahkamah. -Gambar hiasan/Unsplash[/caption]

 

Kisah Sarah sebenarnya ada berlaku dalam kalangan kita sebenarnya yang mungkin kita tak tahu.

Sebagai umat Islam, kita bukan sahaja dilarang daripada berbohong, kita sama sekali ditegah mengambil dan mencuri hak orang lain demi kesenangan diri. Hindarilah perbuatan hina itu!

 

Sumber dan foto: The Sun, MEN Media & Unsplash