Gara-gara bermain TikTok dengan pakaian seragam syarikat, wanita ini dipecat majikan tanpa notis!

Iklan
Gara-gara bermain TikTok dengan seragam syarikat, wanita ini dipecat majikan tanpa notis!

PADAH bermain TikTok dengan uniform kerja! Seorang wanita terkejut apabila dia tiba-tiba dipecat oleh majikannya gara-gara memuat naik beberapa video TikTok dengan memakai uniform syarikat.

Wanita yang berasal dari Edge Hill, Liverpool, United Kingdom itu bekerja sebagai pembantu khidmat pelanggan di sebuah syarikat yang terletak di daerah Leece Street.

Iklan
Iklan

Setelah berkhidmat setahun lebih, dia akhirnya dipecat minggu lalu tanpa sebarang notis atau surat amaran.

Wanita berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Lucy Skinner itu terkejut malahan kini berang dengan tindakan majikannya yang dikatakan tidak wajar memecatnya tanpa sebarang notis.

Iklan

Memetik laporan Liverpool Echo, Lucy memuat naik sejumlah video yang kelihatan dia memakai pakaian seragam syarikat tempat dia bekerja.

Iklan

Selain itu ada juga rakaman video yang dibuat pada bahagian belakang kedai ketika dia sedang berehat dan dia sama sekali tidak menyangka perbuatannya itu adalah satu kesalahan.

Namun, apa yang mungkin dilihat menjadi kesalahan adalah apabila Lucy menyiarkan video menunjukkan pengurus bertengkar dengan kakitangannya tambahan pula terdapat video yang dimuat naik menggunakan latar belakang lagu yang mengandungi perkataan tidak senonoh.

Menurut sumber, jurucakap syarikat tersebut juga enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut dan hanya menegaskan mana-mana kakitangannya yang membuat video berunsur menyinggung, kasar atau menghina tidak akan dikompromi dan akan dikenakan tindakan tatatertib.