TIADA ungkapan yang boleh menggambarkan betapa sedihnya perasaan apabila putus cinta.
Kesudahan hanya air mata peneman di kala hati duka. Sedang diri terluka dengan perpisahan, latihlah hati terima kenyataan tidak semua apa yang kita suka akan jadi milik kita.
Sering kali kita dengar, golongan lelaki yang dipersalahkan jika terjadi putus cinta angkara orang ketiga.
Difahamkan lelaki itu hadir di hari pernikahan bekas kekasih hati.
Lelaki yang dipercayai seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu menangis teresak-esak di hadapan bakal mentua yang 'tidak jadi' itu.
Kelihatan pengantin perempuan itu turut menyentuh wajahnya seakan menyapu air mata dan turut bersedih.
Selain itu, sepasang lagi suami isteri di sebelah pengantin perempuan juga mengalirkan air mata.
Rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat buat lelaki itu dan menyatakan mungkin itu bukan jodoh terbaik buatnya.
Sedihnya! Semoga insan-insan yang ada melalui kejadian yang sama bertabah dan cepat-cepat 'move on' ok!
Sumber: TikTok @Tiiya09