Ibu terlalu asyik berkaraoke, tak sedar dua anak jatuh di dalam tangki kumbahan

Iklan
karoake aceh

TRAGIS. Gara-gara terlalu asyik berkaraoke di dalam rumah seorang wanita kehilangan dua anak serentak di Dusun Makmur, Kampung Alurtani I, Tamiang Hulu, Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Memetik laporan Tribunnews. com, dua kanak-kanak terbabit Alfizil Aini, 4, bersama adiknya, Zikra Hidayatullah berusia dua tahun meninggal dunia selepas dikatakan terjatuh ke dalam tangki kumbahan.

Iklan
Iklan

Artikel berkaitanSedih…Anak Mithali Selamatkan Ibu Diperkosa, Tetapi Dibunuh Secara Brutal Oleh Pelaku

Menurut Ketua Polis Tamiang Hulu, Delyan Putra, tangki berkenaan terletak di belakang rumah keluarga mangsa.

Iklan

[caption id="attachment_36433" width="700"] DUA beradik berusia empat dan dua tahu maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki kumbahan di Dusun Makmur, Kampung Alurtani I, Tamiang Hulu, Aceh, Indonesia baru-baru ini.[/caption]

Sebelum kejadian, ibu mangsa, Suhar berusia 35 tahun sedang membersihkan kolam tersebut, sementelah dua anaknya pula bermain di sekitar kawasan itu.

Iklan

"Selepas itu, dia (Suhar) menyedari ketidakberadaan anak-anaknya di dalam rumah lantas segera keluar mencari mangsa. Luluh, hatinya apabila menemui dua beradik terbabit kaku di dalam kolam berkenaan," ujarnya.

Artikel berkaitanHaram Bermain PUBG Di Aceh, Ulama Gesa Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai

Jeritan itu didengari oleh jirannya, Sumarlan, 38, yang pantas terjun ke dalam tangki bagi membantu menyelamatkan dua mangsa.

Sumber: Tribunnews. com dan Canva