BEKAS model wanita dan pemenang beberapa pertandingan kecantikan diarahkan melepaskan jawatannya kerana dianggap terlalu cantik.
Seperti yang dilaporkan Malay Mail, wanita itu bernama Claudia Ardelean, 27, bekerja di sebuah hospital di Romania.
Perkara itu terjadi apabila bekas ratu cantik itu membuat perkongsian foto selfie di hadapan sebuah bangunan dan menyatakan kegembiraannya di media sosial miliknya.
Namun posting itu kemudian dipadam kerana menimbulkan banyak reaksi yang mengatakan bahawa Ardelean diberi kedudukan hanya kerana wajahnya yang cantik.
Kritikan berkenaan mendorong dewan pengarah di hospital tersebut 'memikirkan kembali' keputusan mereka, akhirnya Ardelran terpaksa melepaskan jawatannya.
Ardelean memberitahu sebuah portal berita tempatan bahawa dia terkejut dengan keputusan terbaru oleh majikannya dan kritikan yang diterima di media sosial.
Baca juga Pelajar Singapura cipta robot penghantar makanan, lebih 6,000 pesanan berjaya dihantar
Pengarahnya, Tise mengatakan dari sudut profesional, Ardelean mempunyai kelayakan yang diperlukan.
Difahamkan kini Ardelean bekerja sebagai peguam di sebuah firma tempatan.