Walaupun dalam negara perang, nasib ‘si oyen’ masih terbela

Iklan
Walaupun dalam negara perang, nasib ‘si oyen’ masih terbela

HAIWAN jalanan ada kalanya dipandang jijik oleh sesetengah pihak. Di negara ini, banyak haiwan liar seperti kucing dan anjing berkeliaran di jalan raya kerana mencari makanan dan tempat berteduh.

Nasib mereka tidak sama dengan haiwan peliharaan yang mempunyai tuan. Sebagai contoh, hampir setiap hari kita melihat gambar dan video kucing comel yang dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Kebanyakan kucing berbaka premier seperti British Short Hair, parsi yang berbulu tebal, montel dan sungguh manja sehingga apa sahaja ragam mereka kita lihat sangat comel dan menghiburkan.

Jadi ramailah yang meletakkan komen ‘comelnya’ dan ‘geramnya nak peluk’ bagi menunjukkan sayang mereka terhadap haiwan tersebut.

Iklan

Namun nasib yang sama tidak diperoleh kucing atau binatang lain di jalanan. Haiwan itu tidak dilihat comel, kurus, bulu tidak gebu malah comot.

Akibatnya, mereka tidak diberi perhatian, dibiarkan kelaparan malah ditendang sesuka hati oleh individu yang tidak mengerti kehidupan haiwan itu.

Iklan

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @heynazz telah berkongsikan keadaan pusat jagaan kucing di Syria sekali gus telah meraih perhatian ramai.

Dalam perkongsian itu kelihatan begitu banyak kucing yang ditempatkan di satu kawasan khas seperti pusat jagaan haiwan terbiar dan menariknya majoriti kesemua kucing itu berwarna oren yang mana di Malaysia corak seumpama itu popular di gelar ‘si oyen’.

Difahamkan pusat jagaan itu diberi nama Ernesto’s Santuary For Syrian Cats.

Seperti diketahui umum, Syria adalah salah sebuah negara yang sedang dalam konflik peperangan.

Namun begitu, kewujudan pusat lindungan kucing jalanan umpama ‘syurga si oyen’ sebegini membuatkan warganet berasa amat kagum dengan pengasasnya yang dilihat sangat mengambil berat tentang haiwan terbiar itu.

Haiwan yang ditempatkan di pusat jagaan itu langsung tidak kelihatan seperti haiwan terbiar. Semuanya gemuk-gemuk gebu yang pastinya mereka cukup makan!