Lelaki larikan jam Rolex bernilai RM183,000 guna taktik COD

Iklan
Lelaki larikan jam Rolex bernilai RM183,000 guna taktik COD

BAGI lelaki jam tangan bukan sahaja menjadi peranti yang hanya menunjukkan masa, tarikh atau info berkaitan seperti cuaca dan sebagainya.

Jam tangan juga merupakan satu symbol status yang secara tidak langsung memberi bayangan apakah kedudukan kewangan, kerjaya dan juga tahap kemewahan seseorang. Betul tak?

Iklan
Iklan

Namun, memiliki jam mahal dan mewah seperti Rolex adalah impian bagi setiap individu yang meminati jam tangan berjenama.

Sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup berhabis bukan setakat puluhan ribu, malah ratusan ribu ringgit hanya untuk memiliki seutas jam tangan.

Iklan

Disebabkan harganya yang sangat mahal, ia bukan sahaja diburu oleh peminat setia, malah juga menjadi buruan si ‘panjang tangan’!

Buktinya baru-baru ini polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian dua jam tangan Rolex yang bernilai S$44,500 dianggar kira-kira sekitar RM183,000.

Iklan

Memetik laporan mediacorp.sg, sekitar jam 3.45 petang pada 6 Mac lalu, pihak polis tempatan menerima aduan mengenai seorang lelaki yang dipercayai mencuri dua utas jam tangan Rolex di Upper Boon Keng Road semasa satu perjumpaan dan dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak dan kemudian melarikan diri.

Suspek berusia 24 tahun itu dipercayai sengaja merancang untuk berjumpa dengan mangsa atas alasan ingin membeli kedua-dua jam tangan itu.

Mereka bersetuju untuk berjumpa di tempat yang telah dijanjikan untuk dan bayaran dibuat secara ‘cash on delivery’ (COD) seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Semasa lelaki itu sedang memeriksa jam tangan sebelum membuat bayaran, dia kemudiannya melarikan diri bersama jam tersebut menyebabkan si penjual tergamam dan tidak sempat untuk berbuat apa-apa.

Salah satu daripada jam tangan itu berjaya didapatkan semula setelah ia berjaya dijual secara online.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin atas kesalahan mencuri. Dia juga boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Sumber : berita.mediacorp