Risiko tersekat di kerongkong, awas biarkan kanak-kanak memberus gigi!

Iklan
Risiko tersekat di kerongkong, awas biarkan kanak-kanak memberus gigi!

MEMBERUS gigi amalan terbaik bagi membersihkan sisa makanan dan mencegah kerosakan.

Namun jika bayi atau kanak-kanak, perlulah dipantau ibu bapa agar kaedah memberus itu betul dan tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

Iklan
Iklan

Perkara itu berlaku apabila seorang amah berasal Myammar bertindak membiarkan anak majikannya itu memberus gigi sendiri akhirnya menyebabkan berus gigi tersekat di dalam kerongkong mangsa seterusnya mengalami muntah darah.

Iklan

Susulan kejadian tersebut, mangsa dikejarkan di hospital dan mengalami kecederaan di tekak.

Akibat kecuaian itu, pembantu rumah terbabit, Chi Nar Paw Tan, 24, dihukum penjara lapan minggu oleh sebuah mahkamah di sini, kelmarin.

Iklan

Chi kemudiannya membiarkan berus gigi sepanjang 15 cm berada dalam mulut kanak-kanak berkenaan sebelum melakukan tugasan lain.

Nasib malang menimpa kanak-kanak itu apabila berus gigi digunakan tersekat di dalam kerongkong hingga dia muntah darah.

Chi pula hanya menyedarinya selepas terdengar jeritan mangsa dari dalam bilik mandi.

Kanak-kanak itu terus dibawa ke hospital dan menerima bantuan pegawai perubatan untuk mengeluarkan berus gigi yang tersekat di kerongkongnya.

Dia bagaimanapun ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan susulan dan hanya dibenarkan pulang pada 31 Disember lalu.

Jadi, hati-hati apabila kanak-kanak memberus gigi. Ini cara yang betul untuk menjaga kebersihan gigi;

1. Untuk bayi

Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.

2. Untuk kanak-kanak

Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah, berus gigi anak sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur. Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.

Baca juga Hotel pertama di angkasa bakal wujud menjelang 2027. Perlu sediakan RM20.6 juta untuk tempoh tiga hari dua malam

Manakala bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas, selia atau bantu anak memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun. Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja. Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.