Perkahwinan pemuda Pakistan ini viral satu dunia, tabur duit dan bunga mawar untuk tetamu

Iklan
HUJAN DUIT

BUKAN sahaja sanggup berhabis duit beribu-ribu ringgit, malah sanggup menyewa helikopter semata-mata untuk memeriahkan majlis perkahwinan.

Ya! Pendekatan itu bukan senang direalisasikan, namun ia berlaku di Pakistan, India baru-baru ini sehingga menerima pelbagai reaksi warganet seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Lapor bcfocus.com, sebuah keluarga seperti mencipta sejarah tersendiri apabila semua ahli yang menetap di luar negara sanggup merentas negara bagi menghadiri majlis perkahwinan adik bongsu mereka.

Iklan

Barangkali sudah ada visa vaksin, tiga beradik yang menetap di Itali pulang ke kampung kerana tidak mahu melepaskan momen hebat itu.

Majlis keraian itu memang bukan biasa-biasa ya. Mereka bukan sahaja menaburi sejumlah besar kelopak mawar, tetapi wang kertas mata wang asing.

Iklan

Sepanjang laluan ke lokasi pernikahan, adik beradik pengantin yang menaiki helikopter itu menabur ‘hadiah’ itu sepanjang jalan.

Bukan sikit-sikit jumlah wang yang ditaburkan kerana ia dianggarkan berjumlah RM52,000!

Pastinya ramai yang melihat duit-duit berterbangan di udara sebagai rezeki terpijak buat mereka.

Apa lagi, berebutlah mereka mengutip duit yang bertaburan sehingga membuatkan suasana menjadi kecoh.

Aktiviti luar biasa itu turut menarik perhatian media tempatan dan berita perkahwinan pemuda Pakistan itu tular sekelip mata.

Tidak cukup dengan itu, sebaik selesai majlis, pengantin bersama adik beradiknya menabur wang dari atas bangunan kepada tetamu yang hadir pula.

Berduyun-duyun orang ramai memenuhi ruang halaman bangunan tersebut kerana tidak mahu melepaskan peluang mengutip duit yang bertaburan.

Di Pakistan, majlis seumpama itu dianggap grand dan hanya orang berada sahaja mampu untuk menganjurkannya.

Majlis tabur wang itu juga difahamkan pernah diadakan sebelum ini oleh seorang ahli perniagaan sempena majlis perkahwinan anaknya.

Hartawan di Gujranwala itu juga mengamalkan budaya yang sama bagi berkongsi kegembiraan atas perkahwinan anak lelakinya.

Wow! Macam best kan? Dapat kutip duit jatuh dari langit.

Barangkali itu rezeki buat masyarakat di Pakistan, di Malaysia pun ada juga salam kerok dan ‘tol’ setiap kali majlis bersanding.

Lama sudah tidak merasa suasana meriah seperti itu sejak penularan wabak Covid-19 dan majlis yang ada pun tak boleh ramai-ramai.

Meriah memang meriah, tetapi jangan sesekali lupa prosedur standard operasi (SOP) ya? Nanti melayang RM10,000. #kitajagakita