Bekas isteri roboh rumah harta sepencarian dengan bekas suami

Iklan
05

SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan keluarga yang bahagia.

Namun ada sesetengahnya atas pelbagai sebab, rumah tangga yang dibina tidak dapat bertahan akhirnya mengalami penceraian.

Iklan
Iklan

Pada luarannya, ia hanya mungkin nampak seperti dua pihak yang telah tidak sehaluan lagi.

Iklan

Seperti di Jakarta ini, penceraian sepasang suami isteri gagal mencari jalan penyelesaian seterusnya menyebabkan sengketa antara mereka semakin buruk apabila menuntut harta sepencarian.

Iklan

Menurut portal beritaSuara.com, Kusnan, 50, dikatakan tidak mampu membayar harta sepencarian berjumlah 30 juta rupiah (RM8,569) seperti dituntut bekas isterinya.

Akibat terlalu berang, wanita itu mengupah beberapa lelaki merobohkan rumah bekas suaminya yang terletak di mukim Trowulan di Wilayah Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini.

Kata Kusnan, sebenarnya rumah itu dirobohkan sememangnya atas persetujuan bersama mereka berdua.

Menurutnya, itu adalah syarat gara-gara tidak mampu menjelaskan bayaran harta sepencarian.

Baca juga Perkahwinan pemuda Pakistan ini viral satu dunia, tabur duit dan bunga mawar untuk tetamu

Sayunya apabila Kusnan mengatakan yang rumah tersebut sudah diwariskan kepada anak sulung hasil perkahwinan dengan bekas isterinya dan dirinya berasa kesal kerana ia kini telah dirobohkan.

Lebih menyedihkan lagi apabila Kusnan dan isteri baharunya terpaksa membina pondok kecil di sebelah tapak rumahnya yang roboh sebagai tempat berteduh.