[VIDEO] Gara-gara rindu, lelaki gali semula kubur arwah isteri

Iklan
[VIDEO] Gara-gara rindu, lelaki gali semula kubur arwah isteri

MELUPAKAN seseorang yang kita sayang bukanlah mudah. Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Lagi-lagi orang yang dicintai itu meninggalkan dunia ini buat selamanya.

Iklan
Iklan

Begitu juga yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila akibat terlalu rindu isteri tercinta, sanggup buat apa sahaja.

Iklan

Menerusi perkongsian sebuah video pendek melalui Instagram fakta.indo, lelaki Indonesia tersebut bertindak menggali semula kubur isterinya kerana tidak dapat menahan rindu.

Iklan

Bagaimanapun dia kelihatan tersungkur di kubur isterinya itu sebelum kerja menggali itu selesai.

Kelihatan raut wajah yang amat sedih memandang kubur insan teristimewa itu.

Video berdurasi 15 saat itu juga turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya;

Semoga lelaki itu diberikan kekuatan oleh yang Maha Esa untuk kuat menempuh hari mendatang.

Sesungguhnya cinta itu luar biasa!