Wah! Penduduk kutip emas percuma tepi pantai

Iklan
Wah! Penduduk kutip emas percuma tepi pantai

BILA sebut sahaja pasal emas, semua orang pasti teruja!

Begitulah juga yang terjadi di Pantai Pohon Batu, Maluku Tengah, Indonesia ini.

Iklan
Iklan

Berikutan penemuan emas bercampur pasir di pantai itu, penduduk tempatan berduyun-duyun merebut peluang mencari kilauan berharga itu.

Iklan

Mereka menemui emas di pantai tersebut secara kebetulan ketika sedang mencari pasir.

Iklan

Kemudia Syarifah turut memberitahu penemuan emas itu kepada penduduk sekitar pantai dan rumahnya.

Penduduk yang mendengar segera bergegas dan berduyun-duyun ke pantai.

Sehingga kini, pantai tersebut itu dikatakan masih padat dengan kehadiran orang ramai yang mencuba nasib untuk mendapatkan emas.

Syarifah turut mengakui bahawa dirinya tidak menyangka berita penemuan biji-bijian emas pada Sabtu minggu lalu akan menjadi tular.

Dia mengakui bahawa pada tahun 2019 dirinya pernah mengutip emas sekitar 100 gram di situ.

Baca juga Kejamnya, sanggup penggal kepala bapa sendiri dan usung sekeliling kampung

Bukan hanya di pesisir pantai tersebut bahkan di beberapa tempat berhampiran.

Katanya, oleh kerana tular menjadikan ramai orang teruja untuk mencari emas di situ.

Wah! Seronoknya mereka dapat mencari emas percuma di pesisir pantai.