Kempen elak berbual dalam MRT, Singapura longgarkan sekatan Covid-19

Iklan
Kempen elak berbual dalam MRT, Singapura longgarkan sekatan Covid-19

NORMA baharu! Seperti kebiasaan, penjarakan sosial dan kawalan kapasiti maksimum penumpang masih diteruskan pengendali pengangkutan awam bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Penumpang yang menggunakan pengangkutan awam dilihat tetap mematuhi arahan penjarakan sosial di dalam Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), bas Rapid KL dan bas percuma GoKL di stesen Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Namun, di Singapura juga mereka mengguna pakai kaedah serupa. Selain perlu menjaga jarak sosial, penumpang juga tidak digalakkan bercakap!

Ya! Memetik laporan mediacorp.sg, apabila kita menaiki MRT dan jika didapati berbual-bual, penumpang mungkin akan ditegur oleh kakitangan stesen kereta api yang membawa poster kempen.

Iklan

Kakitangan stesen SMRT akan memegang pelekat"Please Refrain From Talking" (Tolong Elakkan Daripada Berbual) mulai hari ini (Rabu) di stesen MRT sebagai sebahagian kempen baru sempena pandemik Covid-19 di pengangkutan awam.

Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan SMRT untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 dan memberikan khidmat lebih baik kepada para penumpang.

Iklan

Menurut SMRT menerusi catatan di laman Facebooknya, poster-poster itu bertujuan untuk memberi peringatakan kepada para penumpang supaya jangan banyak bercakap semasa menaiki kereta api.

Selain itu, matlamat kempen itu juga adalah mengingatkan kepada penumpang agar tidak berbual di telefon atau bersama orang lain apabila menaiki MRT.

Langkah itu diperkenalkan sedang Singapura melonggarkan sekatan Covid-19 bagi membenarkan sehingga 75 peratus kakitangan sesebuah firma yang kini bekerja di rumah kembali ke pejabat bagi sesuatu masa mulai 5 April. Ini berbanding had 50 peratus pekerja yang bertugas di pejabat bagi sesuatu masa kini.

"Pengguna mungkin terlupa kadangkala (untuk elakkan daripada berbual) dan kita ingin dengan penuh berhemah mengingatkan mereka agar membantu menjaga keselamatan pengangkutan awam.

Namun, langkah pencegahan dalam memerangi penularan Covid-19 perlu digalas setiap individu supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan terutamanya berada di tempat awam.

Semua orang sebenarnya perlu ada kesedaran!