Putera Philip meninggal dunia, bendera Union Jack dikibar separuh tiang

Iklan
Putera Philip meninggal dunia, bendera Union Jack dikibar separuh tiang

BENDERA Union Jack dikibar separuh tiang di Istana Buckingham sebagai menghormati pemergian Putera Philip, suami Ratu Elizabeth II.

Putera Philip meninggal dunia awal pagi semalam (waktu tempatan) di Istana Windsor pada usia 99 tahun.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Twitter The Royal Family.

Iklan

Pada 17 Februari lalu, Putera Philip telah dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London selepas dilaporkan tidak sihat dan perlu dirawat kerana mendapat jangkitan.

Kenyataan akhbar Istana Buckingham ketika itu memaklumkan bahawa Putera Philip dibawa ke hospital atas nasihat pihak doktor sebagai langkah berjaga-jaga.

Iklan

Putera Philip kemudian dipindahkan ke Hospital St Bartholomew pada 1 Mac selepas dua minggu dirawat.

Pada tahun 2017, Putera Philip telah bersara daripada tugasan menghadiri semua upacara rasmi.

Pada 20 November tahun lalu, Ratu Elizabeth dan Putera Philip menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-73.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberi ruang kepada pasangan itu untuk menghabiskan masa kualiti berdua-duaan.

Pada tahun lalu, sempena ulang tahun istimewa itu, pasangan diraja itu sudah merancang pelbagai acara istimewa untuk diraikan pada 2021 termasuk ulang tahun keputeraan ke-100 Putera Philip pada bulan Jun selain ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth di takhta pada 2022.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberikan penghormatan kepada beliau dan menyifatkan Duke Edinburgh itu disayangi daripada seluruh generasi di United Kingdom, negara Komanwel serta pelusuk dunia.

Lebih tujuh dekad melayari bahtera rumah tangga, baginda berdua menjadi inspirasi kepada sebilangan besar masyarakat dunia.