Sedihnya, TNI dedah nama 53 perajurit KRI Nanggala 402

Iklan
1

OPERASI mengesan kapal selam KRI Nanggala 402 menemui petunjuk dengan penemuan serpihan komponen kapal selam pada petang semalam.

Ketua TNI-AL, Yudo Margono berkata, pasukan mencari menemui serpihan-serpihan KRI Nanggala termasuk barangan dari dalam kapal selam tersebut yang dipercayai kehabisan bekalan oksigen.

Iklan
Iklan

"Kami telah mengubah status KRI Nanggala daripada kapal selam hilang (submiss) kepada kapal selam tenggelam (subsunk). Kami mempunyai bukti sahih yang dipercayai datangnya daripada kapal KRI Nanggala 402," katanya.

Penemuan tersebut memberi keyakinan kepada pasukan tentera untuk mengumumkan status kapal itu kepada ‘subsunk’ .

Iklan

Artikel berkaitan: KRI Nanggala 402 Masih Belum Ditemui, Oksigen Cukup-Cukup Untuk Hari Ini. Isteri WhatsApp Rayu Suami Pulang

Iklan

Serpihan sejadah antara ditemui

Antara barangan yang ditemui termasuk serpihan torpedo dan botol minyak gris yang digunakan sebagai pelincir periskop kapal selam . Turut ditemui cebisan sejadah yang digunakan oleh kru KRI Nanggala.

Pencarian kapal selam KRI Nanggala 402 tetap diteruskan awal pagi semalam meskipun telah melepasi tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen 72 jam iaitu pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Nama perajurit KRI Nanggala 402

Seramai 53 anak kapal masih tidak ditemui jasadnya. Ramai yang mendoakan mereka pada posting media sosial dengan tanda pagar #prayfornanggala402. Pelbagai ucapan dan doa dikirimkan mengenang jasa dan pengorbanan parajurit KRI Nanggala 402.

Berikut merupakan senarai nama anak kapal tersebut:

Artikel berkaitan: Kronologi Kehilangan Kapal Selam KRI Nanggala 402 Milik Indonesia. Serpihan, Objek Ditemui Sahkan Ia Karam

Menurut agensi berita antarabangsa, KRI Nanggala 402 yang menjalani beberapa naik taraf menyertai latihan tentera laut di pesisir pantai Bali ketika ia meminta kebenaran untuk menyelam dan kemudian terputus hubungan.

Mungkin terputus di dasar laut

Misi pencarian bertukar kepada usaha mengeluarkan kapal selam itu selepas serpihan yang ditemui menggambarkan ia mungkin terputus ketika tenggelam ke dasar laut.

Kapal perang, pesawat dan ratusan anggota tentera dikerah dalam misi mencari KRI Nanggala 402 sejak ia dilaporkan hilang minggu ini ketika menjalani latihan ketenteraan, dengan harapan ia dapat ditemui sebelum kehabisan bekalan oksigen.

Namun, semalam tentera laut memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.