[VIDEO]Pelukan terakhir! Tangisan bayi seakan faham pelukan pertama dan terakhir

Iklan
03

SEHINGGA ke hari ini, dunia masih bersedih dengan tragedi menimpa kapal salam buatan Jerman, KRI Nanggala 402 yang telah disahkan tenggelam dan mengorbankan 53 kru pada 22 April lalu.

Susulan kesedihan kehilangan 53 kru kapal tersebut, banyak video melibatkan mereka dikongsi di media sosial yang mana amat meruntum hati orang ramai melihatnya.

Iklan
Iklan

Salah satunya adalah mengenai video seorang kru kapal KRI Nanggala 402 bernama Serda Kom Purwanto, yang sedang memegang dan mengazankan bayinya yang baru lahir.

Iklan

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna Instagram @tnilovers18, kelihatan juga Serda Kom Purwanto sedang mengazankan bayi perempuannya yang dibedong itu sambil menangis.

Tak berapa lama selepas terdengar sang ayah menangis, bayi perempuan itu pun juga turut ikut menangis dalam gendongan ayahnya.

Iklan

Seakan merasakan itu menjadi pelukan terakhir sang ayah, bayi itu pun menangis dan kelihatan seperti tak mahu terlepas daripada pelukan bapa tercinta.

Sangat menyedihkan! Reaksi bayi itu seolah-olah tahu detik itu adalah pelukan pertama dan terakhir bapanya.

Baca juga Hebat, Sarah Gamal Muncul Sebagai Pengadil Wanita Berhijab Pertama Di Dunia. Ini Ceritanya…

Namun menurut laporan portal Kumparan, seorang wanita bernama Dian Arissa tampil mengakui dirinya isteri kepada Serda Kom Purwanto dan menyatakan lelaki di dalam video tersebut bukan suaminya.

Menurutnya perkahwinan mereka dikurniakan dua anak perempuan berusia sembilan dan lima tahun.

Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, turut mengesahkan serpihan kapal selam yang hilang Rabu lalu itu ditemui pecah kepada tiga bahagian kapal selam itu.

Sumber: Tribun Timur