Selepas Jeff Bezos, kini individu terkaya Bill Gates pula bercerai. Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan

Iklan
bill gates

MUTIARA kata membicarakan kekayaan harta bukanlah segalanya. Segelintir individu memiliki harta yang melimpah ruah, namun hatinya miskin kerana terlalu sibuk mengejar duniawi.

Bahkan, ada juga yang terlalu kaya raya, tetapi gagal 'membeli' kebahagiaan, cinta dan kasih sayang.

Iklan
Iklan

Tidak keterlaluan penulis menyifatkan barangkali perumpamaan sedemikian sedang dilalui oleh Pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates.

[caption id="attachment_45127" width="1024"] GATES (kiri) dan Melinda yang telah berkahwin hampir tiga dekad mencapai kesepakatan bercerai pada tahun ini.[/caption]

Iklan

Masakan tidak, selepas 27 tahun membina mahligai perkahwinan dengan isteri tercinta, Melinda akhirnya ikatan manis itu terlerai jua.

Iklan

Keputusan tersebut itu diambil bukan dalam keadaan terburu-buru, sebaliknya melalui perbincangan mendalam antara mereka berdua.

Bagaimanapun, Gates, 65 dan Melinda berusia 56 tahun menegaskan bahawa mereka akan terus bekerjasama untuk Yayasan Bill dan Melinda Gates yang menyalurkan bantuan kebajikan melibatkan kesihatan global, pendidikan dan lain-lain lagi.

[caption id="attachment_45129" width="1024"] PENCERAIAN tidak membataskan Gates dan Melinda terus mengendalikan Yayasan Bill dan Melinda Gates untuk menyalurkan bantuan buat golongan memerlukan.[/caption]

Buktinya, setakat ini Yayasan Bill dan Melinda Gates telah menderma AS$1.75 bilion (RM7.21 bilion) untuk program mengekang koronavirus (Covid-19).

[caption id="attachment_45130" width="982"] KESEPAKATAN penceraian lelaki paling kaya di dunia, Bezos dan isteri adalah bernilai RM144.15 bilion pada dua tahun lalu.[/caption]

Bezos yang bergelar lelaki paling kaya di dunia itu bersetuju dengan kesepakatan penceraian bernilai lebih AS$35 bilion (RM144.15 bilion), sekali gus menjadikan MacKenzie wanita ketiga terjaya di dunia.

Nampaknya, kekayaan dimiliki bukanlah kayu pengukur kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan. Mungkin ada menyifatkan betapa bertuahnya alam perkahwinan sekiranya dipertemukan jodoh dengan pasangan yang kaya raya.

Namun begitu, kita terlupa baik wang mahupun harta benda juga boleh memudaratkan kebahagiaan hati, apatah lagi punca perpisahan bersama insan tersayang.

Tepuk dada, tanya selera!

Sumber: The Boston Globe, Reuters, The Independent dan South China Morning Post