KESAHIHAN cerita mengenai wanita kelahiran Ekurhuleni, Gauteng, Afrika Selatan, Gosiame Thamara Sithole yang dikatakan melahirkan kembar 10 baru-baru ini mula menjadi tanda tanya.
Memetik laporan abcnews.go.com, setakat hari ini kerajaan Afrika Selatan masih belum menerima dan tidak menemui sebarang rekod kelahiran daripada mana-mana hospital berhubung perkara tersebut.
Walhal, kelmarin media tempatan di sana melaporkan mengenai keistimewaan 'luar biasa' Sithole melahirkan 10 bayi pramatang serentak melalui pembedahan caesarean di sebuah hospital di Pretoria.
[caption id="attachment_48880" width="1024"] MENURUT Pretoria News, Sithole selamat bersalin melalui pembedahan caesarean di sebuah hospital di Pretoria tatkala usia kandungannya mencecah tujuh bulan tujuh hari.[/caption]
Sementara itu, jurucakap wilayah, Thabo Masebe turut mengesahkan pihaknya tidak menemui rekod yang mendakwa kelahiran kembar 10 atau decuplets baik di hospital swasta mahupun kerajaan.
Artikel berkaitan: Luar Biasa! Wanita Afrika Selatan Lahir Kembar 10, Hasil Scan Mendapati Kembar Lapan
"Berdasarkan laporan media pihak kami (wilayah Gauteng) segera melakukan pemeriksaan di semua hospital bagi mendapatkan pengesahan.
"Namun begitu, tiada satu hospital di wilayah ini merekodkan kelahiran kembar 10 seperti mana cerita yang disiarkan.
Terdahulu, Sithole meraih perhatian ramai apabila dikatakan mencipta rekod melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga perempuan secara serentak.
Menurut wanita tersebut pada awalnya doktor memaklumkan beliau hamil kembar lapan, tetapi tidak menyangka apabila dikurniakan kembar 10.
Pun begitu, kelahiran anak kembar bukanlah sesuatu yang baharu bagi Sithole dan suami memandangkan cahaya mata pertama mereka juga merupakan sepasang kembar kini berusia enam tahun.