Teruja dapat beli kediaman murah, rupa-rupanya rumah tersebut lubuk pembunuhan warga emas, OKU

Iklan
rumah pembunuh bersiri

BERJAYA membeli dan memiliki rumah sendiri bagi sesetengah orang merupakan satu pencapaian yang sangat dibanggakan.

Apatah lagi pada usia sudah lanjut, sudah tentu kita mahu menghabiskan masa bersama insan tersayang di rumah yang selesa.

Iklan
Iklan

Bagi pasangan suami isteri di California, Amerika Syarikat, mereka juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli sebuah rumah pada harga cukup luar biasa.

Iklan

Rumah dua tingkat lengkap dengan lima bilik dan bilik bawah tanah sebagai bonus pada harga USD$215,000 (RM884,510) di tengah bandar memang tidak masuk akal.

Disebabkan faktor murahnya aset itu berbanding nilai hartanah semasa, membuatkan Barbara dan Tom Williams melaburkan simpanan mereka untuk memiliki rumah unik tersebut.

Iklan

Pada awalnya, mereka berdua sangat gembira.

Pun demikian, selepas menghuni rumah tersebut, barulah mereka tahu sejarah rumah tersebut yang cukup menakutkan. Ya, sungguh menyeramkan!

Masakan tidak, kediaman tersebut pernah dimiliki seorang pembunuh bersiri yang menanam tujuh mayat mangsa di sekeliling rumah.

Menurut littlethings.com, pembunuh itu yang dikenali sebagai Dorothea Puente dikatakan pernah tinggal di rumah tersebut pada tahun 1980-an.

Dorothea menjadikan kediaman tersebut sebagai rumah tumpangan untuk warga emas dan golongan kurang upaya yang tinggal sebatang kara dan memerlukan jagaan.

Rata-rata penghuni rumah tumpangan itu juga penerima wang daripada kerajaan untuk bantuan sara hidup.

Baca juga Sanggup bunuh isteri, campak anak hidup-hidup dalam tangki minyak, kisah benar wanita malang…

Wanita itu sanggup membunuh seorang demi seorang dan hidup mewah dengan wang yang diterima mangsa lebih bertahun-tahun lamanya.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dorothea kantoi selepas kehilangan seorang warga emas yang dikenali dengan nama Alberto.

Ketika polis datang ke rumahnya untuk sesi soal siasat, anggota penguat kuasa itu terganggu dengan tanah yang baru dikambus di halaman rumahnya sebelum menemui mayat satu demi satu.

Percaya atau tidak, mayat tersebut terdiri penghuni rumah tersebut iaitu Leona Carpenter, 78, manakala tujuh lagi mayat berjaya ditemui.

Baca juga Kejamnya, sanggup penggal kepala bapa sendiri dan usung sekeliling kampung

Terdapat rangka manusia yang ditemui tanpa kepala, tangan dan kaki. Malahan, mayat yang diletakkan di sebuah bilik yang kini menjadi tempat tidur pasangan terbabit.

Selain itu, Dorothea didakwa melakukan sembilan pembunuhan termasuk mencabut nyawa teman lelakinya sendiri.

Penjenayah wanita yang menakutkan itu akhirnya dipenjarakan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Meskipun tahu sejarah mengerikan di rumah tersebut, pasangan Williams itu tetap teruja dan mendekorasi setiap ruang dengan cara yang unik termasuk meletakkan patung Dorothea di pintu.

Bahkan, pasangan itu membuka rumahnya sebagai muzium mini kepada orang ramai yang berminat untuk tahu lokasi sebenar mayat-mayat ditemui termasuklah bilik tidur mereka.

Aduhai, pelik-pelik ya. Memang agak menyeramkan jika meneliti kes pembunuhan yang dilakukan Dorothea yang mengambil kesempatan terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Mudah-mudahan kes tersebut tidak terjadi di Malaysia. #kitajagakita #kitalaluibersama