PEMAIN bola Portugal, Cristiano Ronaldo tidak pernah memandang enteng perihal pemakanan sihat bagi memastikan kesihatan tubuhnya dijaga dengan baik.
Jadi tidak hairanlah apabila atlet berusia 36 tahun itu menolak mentah-mentah makanan ataupun minuman yang tinggi kandungan gula.
Sebaik sahaja mengetepikan minuman soda bikarbonat itu, Ronaldo pantas memegang sebotol air mineral, sekali gus mengalakkan mereka yang berada di sana mengamalkan minum air putih.
Tindakan beliau itu secara tidak langsung mendapat pelbagai respon dalam kalangan warga maya. Rata-ratanya memuji ketegasannya menjaga kesihatan dan diet.
Biarpun Coke adalah minuman penaja rasmi Euro 2020, namun pendirian beliau tentang aspek kesihatan tetap diutamakan.
Lagipun media antarabangsa sebelum ini pernah melaporkan corak pemakanan dan rejim kesihatan yang diamalkan Ronaldo supaya sentiasa kekal aktif.
"Penting bagi saya mendapatkan tidur yang secukupnya agar keesokkkannya bertenaga untuk menjalani latihan.
"Saya akan tidur awal dan bangun awal khususnya pada hari perlawanan. Tidur dapat membantu memulihkan otot-otot," jelas Ronaldo yang turut menjaga pemakanan keluarganya dan melarang anaknya, Cristiano Jr menikmati minuman bergas dan makanan segera.
Bicara mengenai diet yang diamalkan berikut merupakan menu pilihan beliau iaitu:
Sarapan pagi
- Kepingan daging, keju dan yogurt rendah lemak
Makan tengah hari sesi pertama
- Ayam dan salad
Makan tengah hari sesi kedua
- Tuna, buah zaitun, telur dan tomato
Snek
- Buah-buahan segar dan avakado bakar
Makan malam sesi pertama
- Ikan todak dan salad
Makan malam sesi kedua
- Stik dan sotong
Dalam perkembangan berkaitan, pada tengah malam ini Portugal akan menentang Hungary dalam saingan Kumpulan F Euro 2020.
Sumber: Thesun.co.ukTwitter @totalcristiano, Times Now dan givemesport.com