[VIDEO] Semalam Ronaldo, kini Pogba alihkan minuman keras penaja Euro 2020

Iklan
Gambar hiasan (25)

SELEPAS pemain bola Portugal, Cristiano Ronaldo, kini giliran Paul Pogba pula mengalihkan minuman penaja Euro 2020.

Pada sidang media Euro 2020 semalam, Ronaldo berusia 36 tahun bertindak mengalihkan dua botol Coke yang disusun di hadapan beliau.

Iklan
Iklan

Gara-gara tindakannya itu dilaporkan nilai pasaran Cola-Cola mengalami kerugian sebanyak AS$4 bililon (RM16.4 bilion).

Iklan

Bagaimanapun, dalam tempoh kurang 48 jam Pogba yang merupakan pemain bola sepak pasukan Perancis dilihat bertindak serupa.

Atlet berusia 28 tahun itu telah mengalihkan minuman alkohol jenama Heineken pada sidang media susulan kemenangan Perancis menewaskan German di Stadium Munich’s Allianz.

Iklan

Jenama minuman keras dari Belanda itu adalah penaja bagi kejohanan bola sepak Euro 2020.

Baca juga [VIDEO] Wow! warganet kagum Ronaldo tolak Coke, pilih air mineral. Tegas jaga kesihatan

https://youtu.be/PTqYMan7aRI

Biarpun tiada sebarang kenyataan mengapa beliau bertindak sedemikian, namun banyak pihak berpendapat ia bersangkut paut dengan latar belakangnya yang beragama Islam.

Ini disebabkan Islam melarang umatnya mengambil sebarang minuman keras.

Direkodkan, Pogba memeluk Islam pada tahun 2019. Memetik kenyataan metro.uk, pemain handal itu menyifatkan Islam memberikannya kedamaian dan ketenangan.

Sumber: metro.co.uk