SEORANG peguam dari Sorsogon , Filipina tular di media sosial baru-baru ini apabila menerima ketam segar bagi menggantikan pembayaran secara tunai.
Ceritanya bermula selepas peguam, Noel Allen Bose, menghadiri perbicaraan seorang pelanggannya di mahkamah di Sorsogon pada 16 Jun lalu.
Selesai prosiding pelanggan terbabit mengakui tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar kos guaman.
[caption id="attachment_50455" width="1024"] Gambar hiasan.[/caption]
Lalu, pelanggannya tersebut menawarkan ketam segar hasil tangkapan pada hari itu sebagai bayaran.
"Saya tidak dapat membayar perkhidmatan tuan. Bolehkan saya membayarnya dengan dengan hasil tangkapan kami," kata Bose mengenai kejujuran pelanggannya itu.
Tidak berfikir panjang beliau bersetuju dengan tawaran tersebut.
Sebaik sahaja tiba di luar mahkamah, beliau terkejut melihat seikat ketam segar 'bayaran' untuknya.
"Ketam menjadikan perut kenyang, tetapi reaksi anda terhadap hantaran ini membuatkan saya lebih kenyang.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peguam yang bekerjasama baik dalam sektor kerajaan mahupun swasta," tulis Bose dalam bahasa Filipina.
"Kamu peguam terbaik! Pergilah nikmati ketam itu," komen salah seorang pengguna di Facebook.
Baca juga Tuala Wanita Percuma Untuk Miskin Bandar, Warganet Puji Usaha Menteri Agama
Bose membalas secara berseloroh menyatakan khuatir tentang bil perubatan gara-gara kolesterol tinggi selepas menikmati ketam itu.
Kisah tentang peguam muda itu menjadi tular, apatah lagi beliau bergambar sambil memegang seikat ketam dan sebuah beg di luar kompleks mahkamah.
Diharapkan sikap mulia Bose menyuntik inspirasi buat kita semua gr sentiasa melakukan kebaikan tanpa mengira latar belakang dan status.
Sumber: Yahoo Filipina, Noel Allen Bose