PENGANJUR Euro 2020 memutuskan untuk berhenti meletakkan minuman keras di hadapan pemain beragama Islam.
Keputusan tersebut susulan tindakan pemain bola sepak Paul Pogba mengalihkan botol minuman penaja Heineken pada sidang media kejohanan tersebut minggu lalu.
Bintang Perancis dan Manchester United itu bertindak sedemikian kerana berpegang teguh pada agama Islam yang melarang umatnya mendekati minuman keras.
Barangkali rentetan situasi itu dan menjaga sensitiviti pada sidang media Rabu lalu yang melibatkan penyerang Perancis beragama Islam, Karim Benzema, tidak kelihatan botol minuman keras di atas meja.
Baca juga Alih Minuman: Pasukan Berdepan Denda, Yarmolenko Perli Ronaldo, Pogba
[caption id="attachment_50635" width="1024"] Tiada lagi minuman keras di depan penyerang Perancis beragama Islam, Karim Benzema dalam sidang media semalam.[/caption]
Baca juga [VIDEO] Semalam Ronaldo, Kini Pogba Alihkan Minuman Keras Penaja Euro 2020
Difahamkan, pemain dan pengurus pasukan boleh mempunyai pilihan untuk menolak sekiranya minuman keras diletakkan di podium atas alasan agama.
Sebelum ini, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memberi amaran akan mengenakan denda kepada pasukan sekiranya mendapati pemain mengalihkan minuman penaja pada sidang media.
Pun begitu, pihak UEFA menghormati tindakan mengalihkan minuman alkohol atas alasan agama.
Terdahulu, Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol minuman Coke dan menyarankan hadirin supaya memilih air mineral sebelum sidang media Euro 2020 berlansung.