ISU pemain bola sepak mengalihkan minuman penaja pada sidang akhbar Euro 2020 nampaknya belum berpenghujung sehingga menjadi perhatian masyarakat di seantero dunia.

Pada Isnin lalu, pemain bola Portugal, Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coke yang disusun di hadapannya lalu menggantikan dengan sebotol air mineral.

Baca juga [VIDEO] Wow! Warganet Kagum Ronaldo Tolak Coke, Pilih Air Mineral. Tegas Jaga Kesihatan

Tindakannya itu, dikatakan telah menyebabkan pasaran Cola-Cola mengalami kerugian sebanyak AS$4 bilion (RM16.4 bilion)

Kemudian, dalam tempoh kurang 48 jam pemain tengah Perancis, Pogba beragama Islam, pula turut mengalihkan sebotol Heineken manakala pemain Itali, Manuel Locatelli bertindak sama seperti Ronaldo menggantikan Coke dengan air mineral.

Biarpun tiada sebarang kenyataan rasmi punca pemain terbabit bertindak sedemikian, namun banyak pihak berpendapat ia berkait rapat perihal kesihatan dan agama.

Baca juga [VIDEO] Semalam Ronaldo, Kini Pogba Alihkan Minuman Keras Penaja Euro 2020

Rentetan insiden itu, semalam pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko dilihat berseloroh memperli Ronaldo dan Pogba.

Yarmolenko yang juga pemain West Ham berkata: “Boleh saya lakukan sesuatu? Saya nampak Ronaldo melakukan perkara ini.

“Saya mahu mengalihkan (botol Coca-Cola) ke sini dan bir ke sana. Coke dan Heineken, sila menghubungi saya.”

Iklan

Reaksi Yarmolenko itu hanya beberapa jam selepas pemain antarabangsa Scotland, John McGinn berjenaka mengenai botol minuman berkenaan.

Sebaik sahaja tiba pada sidang media dan mendapati air kosong sahaja di atas meja, beliau berseloroh: “Di mana Coke?.”

Justeru, dalam perkembangan berkaitan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) mengumumkan akan mengambil tindakan berhubung mengetepikan minuman penaja kejohanan itu.

Iklan

Pasukan yang beraksi di Euro 2020 akan berdepan denda sekiranya pemain mengalihkan minuman penaja pada sidang akhbar.

Martin Kallen

Pengarah Uefa Martin Kallen memberitahu, pemain perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pihaknya bersedia mengambil tindakan disiplin terhadap pasukan bukannya ke atas pemain.

“Kami tidak mengenakan denda ke atas pemain buat masa ini, sebaliknya pada pasukan terbabit,” tegas Kallen.