BATU permata adalah bahan mineral atau batu mewah yang digunakan untuk menghasilkan perhiasan seperti barang kemas dan alat kebesaran.
Berlian terbentuk daripada karbon berasal dari gunung berapi ratusan meter di bawah permukaan bumi pada suhu yang sangat tinggi.
Batu berlian tersebut kemudiannya naik ke permukaan bumi melalui letusan vulkanik. Proses itu memerlukan waktu yang sangat lama antara satu hingga tiga juta tahun. Jadi tidak hairanlah ia mempunyai nilai yang tinggi.
Baru-baru ini berlian yang dipercayai ketiga terbesar dunia dipamerkan di Botswana.
Berlian seberat 1,098 karat itu ditunjukkan kepada Presiden Mokgweetsi Masisi selepas syarikat berlian, Debswana menemuinya.
Permata itu mencatatkan berat kurang sedikit daripada berlian kedua terbesar di dunia yang juga ditemui di negara itu pada tahun 2015.
Untuk pengetahuan korang, Botswana adalah pengeluar berlian terbesar di Afrika.
Ia adalah berlian terbesar yang dijumpai Debswana dalam sejarah 50 tahun syarikat itu beroperasi.
Menurut Lynette Armstrong, kajian dan analisis dilakukan Debswana Diamond Company mendapati ia adalah batu permata ketiga terbesar di dunia.
Difahamkan usaha sama antara Debswana, kerajaan Bostwana dan syarikat gergasi berlian global De Beers yang menjana pendapatan negara dalam bentuk dividen, royalti dan cukai sehingga 80 peratus.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli Botswana, Lefoko Moagi memaklumkan adalah penemuan terbaik negara itu selepas pandemik Covid-19 menyaksikan penjualan berlian merosot tahun lalu.
Batu permata terbesar di dunia pernah ditemui ialah berlian Cullinan 3,106 karat yang dijumpai di Afrika Selatan pada tahun 1905.
Kedua terbesar adalah 1,109 karat dinamakan Lesedi La Rona yang dijumpai lombong Karowe di Botswana pada tahun 2015. Ia bagaimanapun dijual kepada jenama barangan kemas mewah Graff Diamonds pad harga $53 juta pada September 2017.
Ketulan berlian yang baru ditemui di lombong Jwaneng itu masih belum diberikan nama.
[caption id="attachment_50716" width="1024"] Presiden Bostwana, Mokgweetsi Masisi meneliti permata tersebut bersama isterinya, Neo Jane Masisi.[/caption]
Armstrong berkata, keputusan belum diambil sama ada menjual 'batu luar biasa' itu melalui De Beers atau syarikat milik kerajaan, Okavango Diamond.
Berikut 10 batu permata memiliki nilai sangat indah dan mahal.
1. Allnatt Diamond AS$3 juta (RM12.47 juta)
The Allnatt Diamond adalah berlian berukuran 101.29 karat (20.258 gram) dengan potongan kusyen, dikategorikan berwarna Kuning Fancy Vivid oleh Gemological Institute of America.
Berlian itu diberi nama seperti nama pemilik pertamanya, Mayor Ernest Alfred Allnatt. Ia kemungkinan berasal dari De Beers Premier Diamond Mine, Afrika Selatan.
2. Moussaieff Red Diamond, AS$7 juta (RM29.09 juta)
The Moussaieff Red Diamond atau sebelum ini dikenali sebagai Red Diamond Shield adalah berlian berukuran 5.11 karat (1,022 gram) dengan potongan segitiga. Ia dikategorikan berwarna Fancy Red oleh Gemological Institute of Amerika. Red Moussaieff ditemui oleh seorang petani Brazil di Sungai Abaetezinho pada tahun 1990.
3. Heart of Eternity AS$16 juta (RM66.5 juta)
The Heart of Eternity adalah berlian berukuran 27.64 karat (5.528 g) dan dikategorikan berwarna"Biru Vivid Fancy" oleh Gemological Institute of America. Berlian ini ditemui di Premier Diamond Mine, Afrika Selatan.
4. Wittelsbach-Graff Diamond AS$16.4 juta (RM68.16 juta)
Wittelsbach-Graff Diamond adalah berlian berukuran 31.06 karat (6.21 g). Ia berwarna biru dengan kejernihan yang sempurna. Dipotong berbentuk bintang bujur, berlian ini berasal bekas lombong kerajaan di Golkonda, India.
[caption id="attachment_50715" width="1024"] Wittelsbach-Graff, berona biru dan sangat jernih.[/caption]
5. Steinmetz Pink Diamond, AS$25 juta (RM103.90 juta)
Steinmetz Pink adalah berlian berukuran 59.60 karat (11.92 g), dikategorikan berwarna Vivid Pink Fancy oleh Gemological Institute of America. Steinmetz Pink adalah berlian terbesar dari jenis Vivid Pink. Oleh sebab itu, Steinmetz Group sangat hati-hati untuk memotong, terpaksa mengambil masa 20 bulan untuk memotong berlian ini.
6. Centenary Diamond AS$100 juta (RM415.6 juta)
Centenary Diamond adalah berlian berukuran 273.85 karat (54.77 g) dan merupakan berlian terbesar ketiga yg telah dihasilkan di Tambang Premier, Africa Selatan.
[caption id="attachment_50714" width="1024"] Centenary Diamond.[/caption]
Centenary Diamond dikategorikan berwarna kelas D oleh Gemological Institute of America yang merupakan jenis tertinggi bagi berlian tidak berwarna.
7. Hope Diamond AS$250 juta (RM60.15 juta)
Hope Diamond atau sebelumnya bernama"Le bleu de France" berukuran 45.52 karat (9.10 g) , berada di Muzium Sejarah Alam Smithsonian di Washington, US.
Hope Diamond kelihatan berwarna biru bila dilihat dengan mata kasar, tetapi menampakkan rona merah apabila terkena sinaran ultraviolet.
8. Cullinan Diamond AS$400 juta (RM1.6 bilion)
Cullinan Diamond adalah berlian mentah berkualiti yang terbesar yang pernah ditemukan di Premiere Mine. Ia seberat 3106.75 karat (621.35 g) dan dipotong menjadi 105 berlian. Salah satunya termasuk Cullinan 1 yang mempunyai berat 530.2 karat/106.4 g dan Cullinan 2 yang seberat 317.4 karat/63.48 g.
[caption id="attachment_50712" width="1024"] Berlian yang dinamakan Koh-i-noor[/caption]
9. Koh-i-Noor
Koh-i-Noor yang bererti ‘Gunung Cahaya’ dalam bahasa Parsi. Ia adalah berlian berukuran 105 karat (21.6 g) berasal negara Andhra Pradesh, India. Didefinisikan sebagai berwarna putih, ia sangat lutsinar dan sangat jarang ditemui.
10. Sancy Diamond
Sancy Diamond ialah berlian berwarna kuning pucat berukuran 55.23 karat (11.05 g). Berlian ini berasal dari India dan kini berada di Muzium The Louvre, Paris.
[caption id="attachment_50713" width="1024"] Indahnya, Sancy Diamond, batu permata termahal di dunia.[/caption]