SELEPAS tragedi ngeri melibatkan kapal selam KRI Nanggala 402 pada April lalu, kini Indonesia berdepan pula kejadian kapal penumpang tenggelam di Selat Bali, Indonesia semalam.
Menurut laporan CNN Indonesia, kapal penumpang yang membawa 41 penumpang dan 12 kru kapal itu tenggelam
dipercayai akibat arus kuat di perairan tersebut.
Arus kuat yang melanda telah menyebabkan kapal sepanjang 56.5 meter (m) dan 8.6m lebar itu dikatakan terbalik sebelum ia tenggelam.
Ketua Polis Jembrana AKBP I, Ketut Gede Adi Wibawa mengatakan kapal itu dalam perjalanan dari Pelabuhan
Ketapang, Banyuwangi.
Adiwibawa turut mendedahkan situasi semasa keadaan kapal KMP Yunice.
Setakat jam 10 malam pada Selasa (waktu Indonesia Barat) seramai 47 orang berjaya diselamatkan dan operasi mencari dan menyelamat penumpang lain masih dilakukan.
Baca juga Lelaki ‘tarzan’ tak tahu wanita wujud, 43 tahun tinggal di hutan kerana perang
Bagaimanapun, dilaporkan enam maut termasuk tiga wanita yang dipercayai lemas sudah ditemui dan mayat dihantar Hospital Umum Negeri untuk tindakan lanjut.
Sumber: CNN Indonesia