LUAR BIASA. Sebuah keluarga di Vietnam survival meneruskan kehidupan tinggal di hutan selama 43 tahun selepas peperangan meletus di negara tersebut.

Difahamkan, Ho Van Thanh membawa dua anak lelakinya iaitu Tri dan Ho Van Lang berpindah ke hutan ketika mereka masih kecil.

Keputusan melarikan diri ke sana susulan isteri dan dua lagi anaknya terbunuh semasa Perang Vietnam pada tahun 1972.

Enggan menyerahkan nasib berterusan dicengkam peperangan keluarga kecil itu tekad untuk tinggal di hutan sehingga empat dekad.

Biarpun dalam keadaan serba kekurangan mereka tetap menjadikan hutan rimba sebagai ‘rumah‘ untuk memulakan kehidupan baharu.

Dengan sumber sekeliling mereka membuat rumah menggunakan pokok, minum air sungai dan memburu haiwan untuk mengisi perut.

Pakaian pula diperbuat daripada kulit pokok dan daun manakala serpihan bom dijadikan senjata dan aksesori.

Kehilangan tiga beranak itu tidak disedari walaupun sudah 40 tahun berlalu hingga tahun 2015 persembunyian keluarga ‘Tarzan’ tersebut terbongkar.

Pihak keselamatan tempatan turun padang menyelamatkan lalu membawa keluarga terbabit keluar meninggalkan hutan.

Bahkan, ketika diselamatkan tiga beranak itu langsung tidak mengetahui perang sudah tamat dan Vietnam sudah mencapai kemerdekaan.

Buat pertama kalinya mereka kembali ‘melihat’ dunia. Kisah penemuan keluarga itu menggemparkan banyak pihak dan mendapat liputan media meluas seluruh dunia.

Foto kiri ialah keadaan Lang semasa diselamatkan pihak berkuasa.

Selepas empat dekad, Lang antaranya dikatakan mengalami kesukaran untuk mengadaptasi dengan dunia luar seperti tidak memahami bahasa Vietnam, sistem jam dan konsep elektrik.

Pada masa sama, langsung tidak mengetahui akan kewujudan manusia jantina perempuan.

Ketika hidup di hutan dia pernah terserempak dengan beberapa orang sahaja sebelum bertindak melarikan diri.

Baca juga Bintang Filem Tarzan, Isteri Maut Dalam Nahas Pesawat

Selepas diselamatkan Lang dibawa ke perkampungan Tay Tra di wilayah Quang Ngai dan pertama kalinya dia melihat golongan wanita.

Iklan

Difahamkan, sepanjang mereka bertiga tinggal di hutan ayahnya langsung tidak bercerita tentang kewujudan kelompok perempuan.

Sementara itu, pihak yang menemui keluarga berkenaan, Alvaro Cerezo menyifatkan Lang dipercayai mengalami masalah seksual.

“Saya boleh katakan Lang tidak pernah mempunyai nafsu syahwat walaupun sedikit. Naluri seksualnya seolah-olah tiada,” katanya seperti dipetik docastaway.com.

Cerezo bersama Lang.

Selain itu, Lang juga terpaksa membiasakan imunisasi tubuhnya untuk menerima bakteria baharu di ‘dunia’ luar gara-gara lama terbiasa hidup bersama haiwan dan tumbuhan.

Tambah Cerezo, Lang yang berusia 49 tahun itu menyifatkan keadaan di luar agak bising, tetapi gembira ketika menaiki kereta dan suka melihat haiwan bermanja-manja dengan manusia.

Iklan

“Di hutan, haiwan akan lari daripada saya,” kongsi Lang kepada Cerezo yang turut menyatakan kehidupannya seperti hamba untuk bapanya ketika di hutan.

Bapa Lang, Ho Van Thanh.

Dalam pada itu, dilaporkan bapa Lang masih trauma dengan kejadian yang menimpa.

Warga emas itu kekal percaya Perang Vietnam masih berlaku dan seakan-akan tidak mampu melupakan tragedi pengeboman yang meragut nyawa isteri dan dua anaknya.

Kisah luar biasa ini kedengaran pelik namun ia benar-benar berlaku. Lihatlah betapa peperangan memberikan kesan buruk dan trauma kepada manusia.

Sumber: News Corp Australia

Foto: The Daily Star, Vietnam Net, Supplied