Kanak-kanak dicampak, dihempas 27 kali ketika latihan judo. Koma 70 hari akhirnya meninggal dunia

Iklan
Gambar hiasan (58)

SENI mempertahankan diri merupakan cara terbaik untuk kanak-kanak membina jati diri, di samping meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan.

Selain dapat melindungi diri, mempelajarinya boleh membuatkan kanak-kanak lebih berdisiplin, penyabar, sihat serta berkeyakinan diri.

Iklan
Iklan

Pemilihan pusat latihan dan guru amat mustahak bagi memastikan faktor keselamatan. Jika tersalah pilih berkemungkinan salah cara guru yang mengajarnya dan boleh merisikokan nyawa si manja.

Dalam satu kejadian di Taiwan, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dilaporkan koma dan meninggal dunia selepas 27 kali dicampak semasa sesi latihan oleh jurulatih serta dua pelajar senior.

Iklan

[caption id="attachment_51308" width="1024"] Foto: International Judo Federation[/caption]

Difahamkan, kanak-kanak itu yang bernama Huang pada awalnya dilaporkan kurang sihat semasa latihan tersebut.

Iklan

Justeru, bapa saudara Huang meminta jurulatih judo bernama Ho berusia 68 tahun supaya latihan yang dilakukan tidak terlalu ‘mendera’ kanak-kanak itu.

Walaupun sudah diberitahu, Ho tidak mengendahkan mengenai kesihatan Huang dan kanak-kanak itu tetap disuruh menjalani berlatih seperti biasa.

Huang tidak diajar untuk mempelajari teknik pergerakan judo sebaliknya jurulatih tersebut menjadikan tubuh kanak-kanak itu sebagai ‘alat’ untuk membolehkan dua orang pelajar senior mempelajari teknik menjatuhkan musuh ke lantai.

Tubuh Huang diangkat dan dihempaskan ke lantai oleh dua pelajar senior itu tanpa belas kasihan.

Huang merayu supaya pelajar seniornya menghentikan latihan tersebut kerana dia tidak mampu menanggung kesakitan pada bahagian lutut dan kepalanya.

[caption id="attachment_51306" width="1024"] Foto: International Judo Federation[/caption]

Bagaimanapun, rayuannya tidak diendahkan. Malah dia dipaksa jurulatihnya untuk berdiri semula selepas dihempas.

Malah Huang seolah didera. Jika dia tidak berdiri semula, jurulatihnya akan menghempaskan badan kanak-kanak itu ke lantai.

Latihan kejam tersebut diteruskan dimana Huang dihempas dan dicampak sebanyak 20 kali oleh pelajar senior manakala jurulatihnya pula mencampak Huang sebanyak 7 kali.

Setelah dicampak sebanyak 27 kali, Huang muntah dan pengsan. Wajahnya bertukar pucat dan matanya terbeliak memandang ke atas.

Melihat keadaan itu, jurulatih tersebut meletakkan Huang di sisi pak ciknya yang duduk di tepi gelanggang.

Apabila pakciknya bertanya punca Huang pengsan, jurulatih itu berkata Huang hanya berpura-pura pengsan.

Gusar dengan keadaan yang menimpa anak saudaranya, bapa saudara Huang bertindak menelefon ambulans dan kanak-kanak malang itu terus dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Rupa-rupanya latihan mencampak dan menghempas yang dijalani Huang terlalu menghentak tubuhnya hingga mengakibatkan kecederaan serius.

Baca juga Cuai? Alpa? Lagi Kanak-Kanak Maut Tertinggal Dalam Kereta

[caption id="attachment_51309" width="1024"] Gambar hiasan[/caption]

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu terpaksa menjalani satu pembedahan kecil. Selepas pembedahan Huang tidak sedarkan diri (koma) di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital.

Kanak-kanak itu disahkan telah mengalami pendarahan otak serta menghadapi masalah pernafasan.

Turut terjejas ialah beberapa organ dalam yang dilaporkan gagal berfungsi dengan baik.

Sepanjang tempoh koman selama lebih dua bulan, Huang dikatakan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Tiada perkembangan yang positif terhadap tahap kesihatan Huang menyebabkan ibu bapa Huang mengakui nyawa anak mereka sudah tiada.

Ibu bapa Huang memutuskan untuk mencabut sokongan bantuan alat pernafasan anaknya pada Selasa, lapor pihak hospital kepada media antarabangsa AFP.

Baca juga Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Diserang Lima Ekor Anjing Liar

[caption id="attachment_51310" width="1024"] Gambar hiasan[/caption]

Kanak-kanak malang itu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Feng Yuan di Taichung pada Rabu, 30 Jun 2021.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Taichung, Lu Shiow-yen yang pernah melawat Huang di hospital menyampaikan takziah kepada keluarga Huang di atas kehilangan Huang.

"Semoga roh mendiang Huang tenang di alam sana dan berharap keadilan berpihak kepada keluarganya,” kata Lu menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Kejadian seumpama ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua untuk peka dan berhati-hati dalam memilih guru dan kelas latihan mempertahankan diri untuk anak.

Pergerakan menghempaskan badan semasa sesi latihan sepatutnya dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan kepada pelajar khususnya kanak-kanak.

Sumber: Mirror dan CBS News

Foto: Freepik dan International Judo Federation