Penangan tonton bola di stadium, hampir 2,000 penyokong Scotland positif Covid-19

Iklan
Penangan tonton bola di stadium, hampir 2,000 penyokong Scotland positif Covid-19

GARA-GARA hadir ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2020 baru-baru ini dilaporkan hampir 2,000 penyokong dijangkiti Covid-19.

Memetik laporan BBC, puluhan ribu penyokong dipercayai pergi ke London walaupun amaran telah

Iklan
Iklan

dikeluarkan kecuali mereka yang mempunyai tiket.

Pengarah Klinikal Kebangsaan negara itu, Prof Jasib Leitch menzahirkan kekecewaan kerana hampir

Iklan

2,000 daripada 32,000 kes direkodkan di Scotland sejak 11 Jun lalu adalah berkaitan perlawanan Euro 2020.

Iklan

Ini termasuklah 397 peminat berada di dalam Stadium Wembley yang turut menyaksikan perlawanan tersebut.

Sebilangan kecil kes dilaporkan menghadiri Fanzone di Glasgow atau dua perlawanan tuan rumah

Scotland di Hampden.

Selain itu, PHS juga melaporkan terdapat 55 kes berkaitan dengan zon penyokong di Glasgow, diikuti 38 kes melibatkan penyokong semasa perlawanan antara Scotland dan Croatia.

Baca juga Kanak-kanak dicampak, dihempas 27 kali ketika latihan judo. Koma 70 hari akhirnya meninggal dunia

Sementara itu, 37 kes pula melibatkan penyokong yang menonton perlawanan antara Scotland dan Republik Czech.

"Langkah kesihatan awam telah diambil terhadap kontak rapat kes-kes tersebut,” kata PHS.

Sumber: BBC