Kembar tiga hamil serentak, teruja impian jadi realiti

Iklan
7

PASANGAN kembar tidak hanya berkongsi tarikh lahir, malah turut mempunyai persamaan dari segi rupa dan fizikal.

Namun begitu bagi kembar tiga kelahiran California, Amerika Syarikat keistimewaan mereka berganda apabila menempuhi fasa kehamilan serentak.

Iklan
Iklan

Nina Rawlings-Tran, Victoria Brown dan Gina Purcell berusia berusia 35 tahun dilahirkan selang empat minit.

[caption id="attachment_53016" width="1024"] Gina Purcell, Nina Rawlings dan Victoria Brown.[/caption]

Iklan

Difahamkan, tiga beradik kembar itu bakal melahirkan anak masing-masing pada tahun ini cuma bulan berbeza.

"Ketika remaja, kami sering berangan untuk melahirkan anak bersama-sama.

Iklan

"Apabila berkahwin dan disahkan hamil saya tidak menjangkakan perkara ini benar-benar terjadi," kata Gina.

Tambahnya, mereka bertiga tidak merancang untuk mengandung pada tempoh yang sama, namun teruja dengan 'hadiah' tersebut.

Ketika ini Victoria sudah selamat bersalin pada 9 Julai lalu manakala Nina dijangka melahirkan bayi pada 28 Ogos depan dan Gina pula pada bulan November 2021.

Sumber: People