Tak endahkan banjir cecah paras paha, gelagat kaki game terus bermain dalam air buat netizen kecut perut

Iklan
kaki game tegar filipina

HOBI bermain permainan dalam talian memang membuatkan ramai anak muda taksub sehinggakan ada yang sanggup berhabiskan masa berjam-jam.

Sesetengah daripada juga ada yang tiada masa nak makan!

Iklan
Iklan

Bagi golongan seperti itu, jika tak bermain game, maka tidak sempurnalah hidup mereka. Dahsyat sungguh kan falsafah mereka ni.

Iklan

Tak kira bermain dalam telefon atau di kafe siber, ramai dalam kalangan mereka sanggup berhabis wang ringgit demi terus bermain bersama kawan-kawan.

Ada yang bermain kerana hobi, terdapat juga kaki game yang mahukan duit. Kalau kita lihat sekarang, game online memang banyak pertaruhkan wang.

Iklan

Menyorot satu cerita tentang ketaksuban kaki game, gelagat beberapa anak muda yang terus bermain dengan khusyuk walaupun kafe siber di sebuah wilayah di Filipina sudah ditenggelami air telah membuatkan orang ramai 'seram' dan kecut perut.

Mana tidaknya, semua kaki game tersebut enggan berpindah dan masih leka bermain tanpa mempedulikan apa-apa.

Sebenarnya, ramai risau mereka akan terkena renjatan elektrik.

Lapor metro.co.uk, ribut taufan Fabian dan hujan lebat di Rizal (sebuah wilayah di negara itu) baru-baru ini menyebabkan beberapa kawasan sekitar dilanda bah.

Antara yang terjejas termasuk bandar Cainta yang menyaksikan sebuah kafe siber turut ditenggelami air paras paha ke pinggang.

Walaupun sudah dinaiki air, beberapa pemuda dan remaja leka bermain game dan tidak sedikitpun berganjak daripada kerusi masing-masing.

Foto yang tular di media sosial itu turut memperlihatkan gaya bersahaja mereka yang sanggup menghabiskan game dalam keadaan basah kuyup.

Memang hati kental. Hairan sangat. Mereka tak takut ke terkena kejutan elektrik?

Selepas diselidiki, rupa-rupanya semua suis elektrik ditempatkan di posisi tinggi di kafe siber berkenaan.

Tinggi ke atau rendah ke, persoalan sekarang, bagaimana mereka cukup berani dengan terus bermain walaupun kawasan mereka dilanda bencana?

Apa tindakan pemilik kafe berkenaan? Menurut laporan sama, meskipun pemiliknya sudah meminta pelanggan untuk berpindah atau keluar dari premis tersebut, kaki game itu semua tidak mempedulikan arahan berkenaan pada awalnya.

Namun, tidak lama selepas itu, mereka mulai beredar apabila tuan kafe mahu memindahkan barang-barang elektriknya ke tempat lebih tinggi.

Macam-macam perangai kaki game di sana dan kita harap di Malaysia tak jadi sampai macam itu!

Bercerita fasal banjir, selain Filipina yang dilanda taufan Fabian, musibah banjir turut terjadi di China.

Di negara kita pula kini, sedang panas terik. Biasanya hujung tahun, barulah kes banjir dilaporkan.