Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik

Iklan
Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik

Jangan lupa follow kami di Instagram!

SEJAK Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai pada 23 Julai lalu dunia kini memberi tumpuan kepada temasya sukan terbesar itu.

Iklan
Iklan

Maklumlah, ia antara acara paling dinanti-nantikan peminat sukan seantero dunia memandangkan penganjurannya empat tahun sekali.

Seperti tahun-tahun sebelum ini Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga mempunyai corat-coret tersendiri.

Iklan

Salah satunya ialah atlet bola tampar wanita pasukan Turki, Zehra Gunes yang mencuri tumpuan kerana wajah jelita.

Iklan

Patutlah nama atlet berusia 22 tahun itu menjadi sebutan ramai khususnya dalam kalangan warga maya.

Gunes sering menangkap perhatian lensa kamera dengan kecantikan dan menguntumkan senyuman manis ketika beraksi di gelanggang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Siapakah gerangan Zehra Gunes?

1. Beliau merupakan pemain bola tampar mewakili pasukan Turki.

2. Dilahirkan di Kartal, Turki pada 7 Julai 1999.

3. Mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.

Untuk rekod, pasukannya berjaya menentang China pada Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Sumber: Women Volleybox, Vakifbank Spor Kulubu