[VIDEO] Diusir pulang setibanya di Australia, video rakyat Malaysia disoal siasat di lapangan terbang raih perhatian warganet

Iklan
8

MENJADI tanggungjawab pasukan imigresen untuk memeriksa kemasukan pengunjung di kaunter daftar masuk lapangan terbang.

Ia bagi memastikan para pengunjung termsuk pelancong tidak membawa barang terlarang atau melakukan aktiviti pelancongan yang meragukan. Mereka yang tidak mengikut undang-undang di Australia akan ditahan.

Iklan
Iklan

Siri Border Security: Australia’s Front Line adalah siri television popular di Australia yang sudah bersiaran selama 14 musim di Seven Network.

Ia memaparkan realiti bagaimana kakitangan Jabatan Dalam Negeri, Pasukan Sempadan Australia, dan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Australia menjalankan tugas di beberapa lapangan terbang di negara itu. Antaranya lapangan terbang di Sydney, Melbourne dan Brisbane.

Iklan

Beberapa hari lalu, satu episod melibatkan pasangan suami isteri dari Malaysia tular di laman sosial Facebook.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Suami isteri berkenaan melalui prosedur biasa iaitu pemeriksaan di kaunter imigresen setelah tiba di salah sebuah lapangan terbang di sana.

Pasangan berkenaan menimbulkan keraguan apabila menjawab soalan yang diajukan. Mereka dikatakan hanya mahu membeli belah dan berbulan madu selepas 10 tahun berkahwin.

Oleh kerana kehadiran mereka meragukan, pihak Border Security bertindak melakukan temu ramah secara berasingan terhadap pasangan berkenaan untuk memastikan sama ada cerita masing-masing berdasarkan fakta yang sama dan benar.

Namun keraguan terhadap perjalanan pasangan tersebut ‘menyerlah’ apabila mereka memberikan tarikh perkahwinan berbeza serta tidak tahu lokasi yang dituju serta tempoh masa yang bakal diambil untuk berada di sana.

Antara maklumat lain dalam kisah pasangan ini ialah aktiviti membeli belah di Mount Buller iaitu lokasi ski di Australia sejauh 600KM menaiki Uber selama sehari, perjalanan yang akan menelan belanja AUD800 (RM2,489).

Malah siasatan menggunakan penterjemah juga menemui fakta yang bercanggah. Selepas selesai siasatan, pasangan ini diarah pulang kerana mengesyaki pasangan tersebut menipu tentang perjalanan mereka dan sebenarnya mahu masuk ke Australia dan bekerja di sana secara haram.

Baca juga Boss Susu Kongsi Kisah Kejayaan Beli Jenama Jem Berusia 123 Tahun Dan Miliki Kilang Di Australia

Video tersebut mencetuskan perbezaan pendapat daripada netizen. Rata-rata bersimpati dan meluahkan rasa bengang dengan nasib pasangan itu.

-"Mereka belum melakukan jenayah. Mengapa soal siasat mereka seperti pengedar dadah ? Kalau tinggal lebih lama maka hanya itu baru jenayah.”

-"Mungkin negara kita harus menggunakan dasar ini kepada orang asing yang datang.”

"Berapa banyak wang yang mereka ada untuk perjalanan, adakah wang itu cukup untuk jangka masa mereka akan melancong di negara ini, di mana mereka tinggal, apa tujuan lawatan mereka dan sebagainya supaya kita juga dapat menjauhkan orang yang tidak diingini daripada berkunjung dan tinggal dan 'backpakers' di seluruh negara kita. Tidak membenci, saya hanya menyatakan pendapat dengan jujur.”

-"Saya mengalami pengalaman serupa ketika ke Australia untuk bercuti. Soalan tepat termasuk bertanya di mana saya bekerja di Malaysia dan meminta saya menunjukkan kad kredit. Mungkin mereka mempunyai hak untuk melindungi negara mereka tetapi pada pendapat saya ia keterlaluan.”

-"Serius? Ini keterlaluan. Saya travel dengan pasangan dan selalunya pasangan saya tidak tahu sama sekali mengenai jadual perjalanan dan sebahagian besar perjalanan kami adalah percuma dan mudah. Kasihannya, mereka mungkin sudah menghabiskan banyak wang untuk penerbangan dan visa.”

Diharapkan insiden seumpama dijadikan pengajaran buat kita semua supaya mengambil tahu tahu serba sedikit tempat yang kita bakal dikunjungi dan pentingnya perancangan serta persediaan rapi terutamanya itenerari ketika melancong.