IBU mana yang tidak sayangkan anak. Pengorbanan ibu dengan linangan air mata sanggup melakukan apa sahaja demi anak.
Apatah lagi jika melihat seorang anak dalam keadaan murung, takut dan tiada selera untuk makan.
Malah bukan hanya itu, menurut laporan Kompas.com, kanak-kanak malang itu juga dicucuh dengan api rokok dan diugut untuk dikelar dengan pisau sebelum dia ditendang keluar dari kenderaan tersebut.
Insiden itu hanya disedari setelah wanita itu melihat anaknya berubah daripada kebiasaan dan akhirnya meberitahu kejadian sebenar menimpanya setelah dipujuk beberapa kali.
Katanya, ketika dalam perjalanan, beberapa lelaki menghampiri dia dan menariknya masuk ke dalam sebuah kenderaan sebelum mencabulnya.
Menurutnya, kanak-kanak itu beritahu, dia dicabul secara bergilir-gilir oleh kesemua suspek yang mengenakan topeng.
Justeru, pihaknya akan melakukan siasatan dan memburu kesemua suspek yang terlibat.
Baca juga [VIDEO] Kebumi jenazah ibu di hadapan rumah, tindakan pemuda ini buat netizen Malaysia terkesima
Katanya, keadaan anak yang tidak mahu makan, bercakap selain hanya termenung itu amat merisaukan.
Namun, keadaannya mulai stabil selepas mereka mendapatkan khidmat pakar psikologi dan wanita berkenaan turut berharap agar ada keadilan untuk anaknya.