Ini rupa sijil vaksin zaman Turki Uthmaniah tahun 1900, cegah penyakit cacar air

Iklan
2

VAKSINASI ialah salah satu cara untuk mengawal penularan sesuatu penyakit.

Semakin ramai orang mendapat vaksinasi, maka ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit tersebut yang lebih teruk.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, sijil vaksin zaman Turki Uthmaniah tular di media sosial. Sijil berkenaan dipercayai dikeluarkan di Istanbul tahun 1900.

Menurut sijil tersebut tertera maklumat vaksinasi keluarga terhadap penyakit cacar air yang menular pada waktu itu.

Iklan

Cacar air atau small pox muncul sebagai wabak pada tahun 1900. Wabak cacar air dikatakan bermula sejak zaman Empayar Mesir dan menyerang sekitar 56 juta populasi dunia.

Iklan

Merujuk kefahaman dari info kesihatan, virus cacar air yang dikenali sebagai virus Varicella menjangkiti melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

Baca juga Ibu Yang Dijangkiti Virus Covid-19 Tanpa Vaksin Berisiko Lahirkan Bayi 'Bermasalah'. Ini Penjelasan Pakar

Bercakap mengenai isu menolak vaksin, jika benar ia satu agenda dajal atau bertujuan membunuh manusia, mana mungkin kita akan wujud hari ini.

Pendakwah bebas, PU Amin dalam hantaran di Instagram berkongsi foto berkenaan dan berharap kepada mereka yang menolak vaksin bersederhana dalam menghukum.

"Vaksin itu ikhtiar. Yang sembuhkan kan Allah , tapi Allah suka hamba yang berusaha dan bertawakal dengan ikhitiar yang baik. Insha-ALLAH,” katanya.

Maka dengan ini jelas, penggunaan vaksin untuk melindungi pesakit dan mencegah virus terus mengganas dalam sejarah perubatan dan pencegahan penyakit bukan perkara baharu.

Malah, akhir-akhir ini program vaksinasi mula menunjukkan impak positif dengan menurunkan kadar kes serius Covid-19.

Ikuti kami di Instagram

Sumber: Instagram PU Amin, Erciyes Medical Journal