Bayi baru lahir kelihatan ‘tua’ daripada ibu, derita masalah genetik 1 dalam 4 juta

Iklan
Gambar hiasan (19)

Seorang ibu muda menjadi tular setelah melahirkan seorang bayi perempuan yang 'kelihatan lebih tua’ darinya.

Kejadian yang berlaku di sebuah bandar kecil di Libode, Wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan.

Iklan
Iklan

Ibu bapa bayi berkenaan baru berusia 20 tahun gembira menyambut kelahiran si kecil itu bulan lalu sebelum dikejutkan dengan masalah kesihatan yang menimpanya.

Iklan

Kelainan tersebut jarang-jarang berlaku yang menyebabkan kanak-kanak mengalami penuaan dengan cepat bermula pada dua tahun pertama kehidupan mereka.

Lebih menyedihkan apabila foto bayi berkenaan dimuatnaik ke laman sosial dan menyebabkan mereka diejek dan troll dengan kejam.

Iklan

Semasa kelahiran, ibu berkenaan terpaksa bersalin di rumah susulan kelewatan ketibaan ambulans walaupun telah dihubungi lebih awal.

Selepas dilahirkan, bayi perempuan berkenaan didapati mengalami kecacatan pada bahagian tangan dan memiliki kulit yang berkedut.

Baca juga Pemenang Perak Olimpik Jual Pingat RM525,000 Demi Nyawa Seorang Bayi

Menurut Webmd, kebanyakan kanak-kanak yang mengalami progeria jarang-jarang melepasi usia 13 tahun dan kebanyakannya akan meninggal dunia susulan daripada serangan jantung.

Ikuti kami di Instagram

Sumber: Mirror, Webmd