Respek! Cristiano Ronaldo dipuji peminat guna kaki kanan masuk, keluar padang

Iklan
7

SELEPAS 12 tahun meninggalkan Old Trafford, Cristiano Ronaldo memulakan aksinya semalam membelasah Newcastle 4-1.

Walaupun mengakui gugup dalam penampilan kedua bersama Red Devils, pemain berusia 36 tahun itu mula menunjukkan belang sekali gus membantu pasukannya melonjak ke puncak carta Liga Perdana Inggeris.

Iklan
Iklan

Gerak geri bekas pemain Juventus itu menjadi perhatian ramai. Tidak hanya 76,000 penonton di stadium, perlawanan tersebut turut ditonton menerusi televisyen dan penstriman langsung di media sosial.

Iklan

Ketika memasuki padang untuk sesi memanaskan badan dan perlawanan, Cristiano dilihat peminat melangkah masuk menggunakan kaki sebelah kanan.

Iklan

Malah, selepas aksi perlawanan, bintang bolasepak yang memiliki 342 juta pengikut di Instagram itu turut melangkah keluar menggunakan kaki yang sama.

Pun begitu, para pemerhati sukan Barat menyifatkan ia adalah ‘ritual pelik.’

Malah dalam satu rakaman di TikTok, beliau sanggup mengecilkan langkah untuk memastikan kaki kanan mendahului ketika keluar garisan padang.

Rata-rata wargamaya khususnya Malaysia dan Indonesia memuji tindakan Cristiano yang disifatkan beradab.

Malah, rata-rata menganggap penjaring gol terbanyak dunia itu mencontohi jejak langkah pemain beragama Islam iaitu Paul Pogba dan Mesut Ozil.

Cristiano Ronaldo juga kini pemegang rekod penjaring gol terbanyak antarabangsa. Beliau malah penjaring terbanyak kejohanan UEFA Euro 2020 dengan lima gol.