BIASA yang kita dengar individu yang berkahwin lebih daripada satu atau poligami adalah golongan yang telah berusia.
Namun berbeza yang terjadi di Indonesia apabila seorang remaja lelaki berumur 17 tahun melangsungkan pernikahan dengan dua orang gadis serentak pada hari yang sama.
Remaja dikenali sebagai Supandi itu menikahi Annisa dan Sangkut yang sama usia dan ketiga-tiganya juga berasal dari kampung yang sama.
Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga remaja tersebut sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Katanya, kedua-dua datuk pengantin perempuan itu juga merupakan adik-beradik.
Menurutnya, malah pernikahan berkenaan telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Ujar Wildan, pernikahan itu direstui oleh kedua-dua keluarga. Bagaimanapun mereka hanya melangsungkan upacara akad nikah terlebih dahulu manakala majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan.
Pun begitu, kata Wildan lagi, pemerintah kampung telah mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan adalah perkahwinan bawah umur dan semua keluarga akur pasangan berkenaan perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing.