[VIDEO]Tular kanak-kanak ke sekolah rentas sungai guna gabus, ini sebenarnya

Iklan
Tular video kanak-kanak ke sekolah rentas sungai guna gabus, ini sebenarnya

BARU-BARU ini tular di media sosial sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak sekolah menyeberangi sungai menggunakan kotak gabus styrofoam.

Ramai yang melahirkan simpati bahkan ada yang kagum melihat semangat kental kanak-kanak tersebut pergi dan pulang ke sekolah menyeberangi sungai seumpama itu demi menuntut ilmu.

Iklan
Iklan

Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut merupakan seorang pelajar Sekolah Dasar (SD) di Desa Kuala Dua Belas, Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan.

Iklan

Menurut pemerintah daerah Ogan Komering Ilir, beliau mengesahkan pelajar tersebut tinggal di pesisir timur Ogan Komering Ilir yang kebiasaannya pergi ke sekolah menggunakan kotak gabus styrofoam dan tidak mahu dihantar dengan perahu.

Iklan

Katanya, penduduk di desa itu rata-rata adalah orang berkemampuan, memiliki perahu dan bot laju.

Ujarnya, berkenaan anak-anak desa yang menyeberangi sungai menggunakan styrofoam adalah kerana mereka tidak mahu dihantar menggunakan perahu.

Jelasnya, bagi penduduk setempat situasi tersebut adalah perkara biasa ibaratnya 'mereka lahir sahaja sudah di atas air'.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan juga sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada ketua kampung dan sekolah agar tidak membiarkan anak-anak menggunakan styrofoam atas faktor keselamatan.

Menjengah ke laman sosial rata-rata warga maya memuji sikap kanak-kanak terbabit dalam menuntut ilmu dan mendoakan kejayaan buatnya suatu hari nanti.