MELAMAR merupakan satu proses yang menjadi kebiasaan bagi seseorang yang mahu berkahwin.
Sebagai seorang perempuan, saat mereka dilamar oleh seorang lelaki merupakan antara saat yang paling indah dalam hidup mereka.
Melamar boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
Mengikut adat dan kesopanan masyarakat Melayu, biasanya proses melamar melibatkan campur tangan pihak keluarga.
Menerusi perkongsian di Instagram, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yasher Fadhli menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menjelaskan mengenai perancangan masa hadapannya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Kelihatan seperti pembentangan ketika mesyuarat, Yasher nampak yakin dan bersahaja menerangkan mengenai pelan kehidupannya dan kekasihnya selepas berumah tangga.
Apa yang menarik perhatian, kedua-dua bakal mentua bersama kekasihnya dilihat sedang mendengar pembentangan itu dengan teliti.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan cara melamar yang dilakukan Yasher.